Isnin, 27 Disember 2010

Setelah lama gile menyepi

Aii da lama gile x update blog. Sejak start bisnes perfume, xde masa nk update. Ini pun tiba² ada mood nak jenguk balik. Da la wat part-time, dlm masa sama kerja byk sgt. Ngular sana sini ikut kehendak bos. Sesuka ati dia je nak order aku ke KL - Klang - Shah Alam - KL balik, da mcm mat despatch. Da la slalu balik mlm, kena standby utk shut down server. Aku xpnah buat janji kerja smpi mlm, xde lgsg termaktub dlm contract / skop keje aku. Sambung..

Rabu, 10 November 2010

Perfume 100% Original Reject item..

Lately aku agak bz ngan kerja & some part time job aku. Beberapa minggu aku cuba test market utk produk baru iaitu Perfume Original pelbagai brand. Khabarnya perfume ni ialah defect perfume yg direject oleh kilang. Dijadikan cerita aku test some perfume mcm Christine Dior, Lancome and Versace. Aku bandingkannya ngan produk kat Jaya Jusco. Belek² botol & kotaknya mmg sama. Goncang² botol & nmpk buih²nya cepat hilang, okay tu tandanya original. Test spray kat tgn & baju, bole la tahan lama jg baunya.
   Aku melabur la skit & dptkan a few sample n tester untuk aku market. Aku promote kat member &  family aku. And then aku publish kat Mudah.my & forum jual beli kat Cari.com.my. Hasilnya menarik, dari aku xtau psl perfume skrg aku da tau serba sedikit. So far aku jual blom ada complain lagi except some perfume ada pecah sedikit & calar balar. Yela kata perfume direject, tp klu yg rosak teruk seperti penutup cabut trus dari body bolehlah ditukar ngan baru.
  Kepada sesiapa yg nak order perfume boleh lah call Din - 0172254877


*Boleh self-collect kat area KL & Lembah Klang.
*Boleh delivery via Nation Wide, add RM10 per-bottle.
*Dijamin murah dari penjual defect perfume yg lain.

Laman web iklan selain dari blog ini dan www.mudah.my :
Terdapat senarai list segala brand perfume yg dijual. Depends pada stock, some ada yang telah habis & tunggu next shipment untuk stock baru.
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1650063&hl=reject

Khamis, 4 November 2010

Pi-rat Beranak

Suatu malam yg hening aku bersama isteriku tido di ruang tamu ngan berkatilkan tilam spring single akibat tilam queen size di basuh serta disental sblm itu dek kena kencing ngan kucing peliharaanku yg ku suspect ialah Rat-si.  Nak dijadikan kisah mlm itu, biniku sedang lena di atas katil queen size yg empuk itu. Aku pula sedang bermain computer game. Sedang dalam kesyokan menikmati game tiba² mataku tertumpu pada Rat-si yg mgkn cuba hendak mengawan Pi-rat yg gemuk bunting. Geramnya aku tgk gile sexs btul Rat-si ni, Pirat ngah sarat bunting tu x terdaya nk melayan si jantan tu.
     Aku jeling ke arah biniku skjp, hmm tgh tido tu. Aku pun ambik minyak angin sedikit n letak kat nonok Rat-si, ha amik kau bergesel² buntut kau kat karpet ngan tgn merangkak berjalan sambil kaki terangkak kat atas. Klakar la plak da mcm org cacat tgh mengusung kerusi roda sendiri plak haha. Gatal sgt yer.
   Aku pun sambung bermain game. Jam da lewat sgt ni, bsk lak keje. Aku ttp pc n g toilet bt apa yg patut n trus landing kat atas katil. Aku prasan air apa ni atas katil.. bau dan bau lg .. ni kencing ni! relak je line basah yg straight semacam seretan tayar kereta plak.. Da sah Rat-si punya kerje. Aku kejutkan bini aku & suh bangun sbb mlm tu jg aku nk basuh n sental kat bhgn hancing tu ngan campuran sabun baju, sabun lantai, sabun soflan smpi gatal tgn aku da. Aku bgtau kat bini tu keje Rat-si, dia kencing sbb x tahan nk main ngan Pi-rat. Pasal mnyak angin tu aku x kabor la, nanti kena maki. hehe.. (Klu awk baca kisah ni jgn marah ye, skrg da elok pun katil tu)
       Akhirnya kami berdua tido di ruang tamu. Masa tu agak pukul 2pagi. Tgh lyn tido skali lagi aku terganggu. Kali ni aku bgn & aku rasa mcm t'dgr bunyi anak kucing. Lepas bunyi ilang. Utk memastikan aku tak bermimpi mlm tu aku tercari² di setiap pelusuk sudut di rumahku.. Rat-si ada, Snowwy pun ada. Pi-rat ilang!
     Hanya satu tmpt saja belum cari yakni bawah sofa. Sempit bwh sofa tu xkan bwh tu kot. Cuba ajela aku angkat. Btul sangkaanku, mmg kat bwh sofa. Dan Pi-rat sedang beranak. Aku nmpk ada empat ekor anak kucing yg baru dilahirkan. Salah sekor tu masih melekat kat pepek Pi-rat, tgh nak keluar.. Mak ai, 1st time aku tgk kucing beranak secara live. Darah merah abis kene kat carpet n sampul surat kat bwh tu. Aku angkat semua mak beranak msk dlm bilik kosong. Aku nmpk kotak kosong, letak dlm tu.
  Paginya aku x ckup tido, bini aku da siap bgn. Katanya ada enam anak kucing diberanakkan. Terkejut aku, byknya. Aku pi tgk, wah.. lima anak kucing berbelang hitam putih. Sekor je kaler full hitam.. ceh hitam putih semua.. pi kerja xde semangat, tido x ckup. tensionnya.

Ahad, 17 Oktober 2010

My new tv LCD

Pi-Rat pun kagum ngan LCD wor
Wah.. setelah asyik survey & research tv lcd sana sini akhirnya dpt jg sebuah LCD kat umah sendiri. Excited btul! geram je tgk mak bapak aku aku LCD aku yg lg It lebih ni mana bole ketinggalan beb. Walaupun aku berhutang ngan Aeon Credit (nama bini aku)asalkan aku puas ati. Bkn leh tgk tv je, aku da connect LCD Sony 32" ni ngan CPU komputer aku. Aku try game yg baru dibeli iaitu GTA: Episode of Liberty City, perrghh.. gambar cantik dari lcd pc aku. Klu camni baik guna tv lcd je, tp xpe la besar sgt, sakit mata aku kang.
Weekend ni agak memenatkan jg, Sabtu aritu hantar cat carrier ke umah mak aku jauh nun kat Nilai semata² nk antar brg. Kang bising papa aku tu, da phm sgt peelnya. Lepak sat je repair pc adik aku kjp fix internet connection then trus amik bini aku abis keje. G IOI Mall cari game GTA, da sangap sgt xde game baru kat umah. Balik tapau mkn MCD. Tanpa disangka² Aeon da approve loan LCD tv. Wah.. excited tul, tu yg x balik kpg. Bsknya baru balik kpg utk amik Rat-Si.

Sempat lg g Digital Mall nak cari HD player, LCD tv aku limited xleh main semua movie, just MPEG format saje. Angkat Vono HD player rm70 je pas minta diskaun. Da test ok gak gambarnya bole load subtitle .srt lg. Bole set screen besar, kecik, widesreen, zoom semua ok la tu. Janji leh main movie yg aku download dari tenet. Xpayah aku dok cangkung atas kerusi n tonton ngan lcd kecik ngan bini aku lg.
Smpi kpg tgk Rat-Si muka da calar balar akibat gadoh ngan Jimok si kucing besar betina. Pas maghrib balik rumah trus, oh ye siap bawa balik meja tv kepunyaan adik ipar aku. Dia nak bagi kami. Tp diorg mak mentua, ipar xtahu kami da ada LCD, malas kecoh. Balik umah trus tgk 2 movie skali. Bini aku syok men fb. Tido lmbt haha

Ahad, 10 Oktober 2010

Rat-Si Hilang

Argh.. menonggeng aku.. ngan biniku skali. Smpi skang Rat-Si x balik. Hilang dkt kpg. Kami blk kpg smlm bawa Rat-Si, Pi-Rat & Snowwy.. Lps bangun tido pagi td Rat-Si da xde. Aku ingt mgkn dia pergi cari betina lain. Selama ni dia x pnah lari. Smpi ke ptg xnmpk kelibat dia. Masa nk berkemas nk pulang ke rumah maghrib td pun xde, balik la kami ke rumah tanpa dia. Mak ckp Rat-Si mgkn kuar ikut tgkp pukul 3pagi camtu. Mcm² spekulasi kami pk mgkn kena baham ngan anjing. Xpun ular. Jiran sblh kata ntah² biawak yg makan dia. Aku lbh pk da ada org lain ambik. Adoi~ Rindu la aku kat dia. Minta² dia balik ke umah kpg tu.

.....................................................

Akhirnya Rat-si pulang juga ke rumah kpg setelah 2hari x balik². Gembira campur marah ni. Mana dia pigi selama ni? Ingatkan da mati. Xpe, aku suh mak kurung dia dlm sangkar. Rasa kau, sapa suruh lari jauh² lama²

Jumaat, 8 Oktober 2010

My new pet is White Persian!


Wow, seronok plak ada 2 ekor kitten baru. My step-father kasi sepasang jantan betina, malas nk simpan byk kucing kat umahnya. Aku pown xnak, membebankan je nanti. Tapi dlm kepalahotakku da pk ni jual boleh gak dpt duit. So aku pun bawa balik ngan harapan $$$. Cantik kittennya full white Persian. Rasanya mix coz might be bapaknya is stray cat. Mula² advertise kat website Mudah, ada sombody interested. Semasa berckp dgnnya tiba² aku leh terlepas ckp yg nak jual jantan saja, betina da dijual (padahal ada). Tula simpan diorg dkt beberapa hari last² trus syg kat dia, padan muka aku. Aku jual murah je RM140 tu pun tawar dari RM200. Pembelinya dari Saujana Putra, sepasang suami isteri yg baru dpt baby. Sedih gak, menangis meronta-ronta dia. Kena plak seperate ngan si betina. Diorg ni close sgt, selalu main². Xpe, nanti happy la dia ngan tuan baru dia. So dpt duit tu aku plan nak daftar my own sykt tunggal (next post aku detailkan).
si jantan

Snowwy
   Now aku ada 3 ekor kucing, Rat-Si, Pi-Rat and .... Snowwy.. Yes, aku namakan dia as Snowwy coz dia putih sgt. Ingt nk bagi Snow White tp mcm x kena. Snowwy ni so manja, so playful and so pandai. Baru kurung sehari dlm toilet da pandai berak kencing dlm toilet. Da la manja sgt, bila tido mesti nk menyempit kat bantal kepala org. Si jantan yg aku jual tu agak garang. Tapi garang dia bkn marah tp garang penakut & mengada. Mcm si ibunya. Mmg x manja, dkt ngan org pun xnak. Dekat² nk bg org tu aku baru start rapat ngan dia, dia xcely manja & daring.. tp apakan daya da jadi milik org. Aku harap tuan baru dia sabar & caring kat jantan. Mula² agak frustrating nak kat jantan tu, harap dia pukul jantan.. Sian dier..

Rabu, 6 Oktober 2010

HaHa Photoshop kantoi sudah!

Mari kita tgk iklan² yg canggih bapak lawa huiyoo.. skali perati tgk betul².. alamak... kantoi sudah.. nmpk sgt edit guna photoshop.. Mari kita tengok~

Erk.. apahal tangan tu
 
Kejadian sebenar tgnnya sepatutnya letak kat situ

separuh mana pigi da

Khamis, 30 September 2010

Main action game cepat berfikir

    Ramai org skrg suka main video game x ksh la platform PC, Playstation, Xbox,WII dll. Bkn je budak² tp org dewasa mcm aku pun masih main lagi walaupun da umur nk jadi bakal budak nanti. Aku da mula menceburi bidang game ni sejak dari kanak² lg, time tu zaman console Nintendo lagi sampai la ke Sega. Lepas tu aku beralih ke computer instead of Playstation dan seangkatannya.

   Macam most parents, time kecik dulu asyik kena marah ngan diorg pasal selalu main video game coz dikatakan x berfaedah & melalaikan. X kurg juga buat tv rusak cpt & bil elektrik melambung. Selain dari kecekapan tangan menekan-nekan button, kita sendiri x brapa nmpk nilai positif ketika main komputer. Iyela, org tgk dok tgk aktiviti kita ngan duduk di kerusi dpn pc tidak banyak membantu org berfikir.

   Bagaimanapun satu kajian kat University of Rochester, New York, baru² ni mendapati mereka yg bermain action game boleh membuat keputusan tepat dgn lebih cepat berbanding mereka yg x bermain. Penyelidik kat universiti itu menjalankan ujian ke atas dua kumpulan remaja yg berumur antara 18 & 25 tahun, yg kesemuanya bkn merupakan pemain komputer yg aktif. Satu kumpulan bermain selama 50 jam action game pantas iaitu Call Of Duty 2 dan Unreal Tournament. Satu lagi kumpulan diminta bermain game yg agak perlahan iaitu The Sims 2.

Call of Duty 2
The Sims 2
Unreal Tournament












Selasa, 28 September 2010

Rat-Si and P-Rat

Rat-Si & Pi-Rat sewaktu berumur 3 bulan (07/05/10)
Rat-Si 30/09/10
Oh Rat-si ku.. Sungguh comey si kucing sekor ini. Dah la telur sebijik, suara plak mcm betina. Namun kelincahannya yg x reti duduk diam amat menghiburkanku haha. Pandainya Rat-Si setiap pagi mesti kejutkanku utk bangun Subuh sambil diurutnya muka & badanku. X payah pasang alarm kat hp pown. Sbgi balasan akan ku beri makanan kegemarannya Friskies. Adiknya pula Pi-Rat walaupun x secergas Rat-Si tapi amat bijak menyelinap diri tanpa kusedari. Dah beberapa kali dia berjaya mengeluarkan diri dari pangsapuriku. Pertama kali ku kehilangannya selama sehari, puas ku cari merata tmpt takut jg dibaham anjing takpun ditangkap oleh orang lain. Keesokannya ku termui dia bersama jantan lain kat tangga pangsapuri. Hampeh punya Pi-Rat! Patut la asik dok kat pintu ngan miowan yg gersang, nak kejar jantan lain rupanya. Rat-Si ada xmau! Itulah dia, sejak dipukulnya aku smpi skrg xpnah larikan diri lagi. Akhirnya lepak la dia kat tingkap umah sambil menikmati dunia luar.


Sabtu, 25 September 2010

Filem Gadoh

Aku baru je abis tgk filem Gadoh. Filem pertama yg agak racist & selamber dek mencarut tanpa ditapis. Bagi aku filem mgkn agak keterlaluan tp apa salahnya klu masyarakat kita berbilang kaum ambik iktibar dari filem ni utk memupuk perpaduan dlm berbilang kaum. Asik² cite melayu psl korporat la, gaduh rebut harta pusaka la, psl lawak bodo la, kisah cinta yg buat aku geram je & mcm2 lagi la. Klu cite psl polis atau askar mesti nak diorg yg baik & bagus je, xplak yg jahat. Aku dgr klu director buat cite mcm tu sure kena banned. So aku x hairan la cite Gadoh ni kena banned. Aku bajet mgkn sebabnya ialah part endingnya tu makan dalam sgt² kpd pihak jabatan pendidikan xpun pihak sekolah. Ada jg part aku dgr perpecahan kaum ni disebabkan sistem sekolah itu sendiri. Bknnya salah budak² skolah tu. Wah, lg la xbleh kuar wayang kan. Tmbh lg satu selamber je tayang budak² skolah menengah tu hisap rokok. Ini betul² filem Hollywood ni, mmg xde hipokrit lgsg mcm filem lain. Filem yg menunjukkan realiti kat Malaysia. Tp kerajaan x mahu realiti ni ditunjukkan kat awam, katanya ia akan mengugat keharmonian negara Malaysia. Ai, xkan majulah filem melayu kita. Bkn ke kita rakyat Malaysia pandai berfikir, da bole fikir baik buruk. Kita bknnya hidup di zaman batu so kita amik maksud tersirat yg baik dari filem tu. Xkan nk juga filem yg terang² kena ajar penonton jgn buat itu ini, buat baik itu ini mcm cite Gerak Khas kat tv. Da la tu ckp bahsa baku sgt mcm robot la plak haha. Klu da mcm tu gayanya bila nak maju?

Aku review skit psl filem ni, kisah budak² skolah yg asyik bergadoh antara kaum Melayu & kaum Cina. Indianya ada tp sorang yg jadi mangsa buli antara dua pihak ni. Untuk menyetelkan masalah ni, cikgu² berpendapat nak membahagikan pelajar² mengikut kaum supaya diorg x bergadoh. Then seorg cikgu perempuan bernama Anne beri pendapat mahu mewujudkan kelab teater untuk bebudak Melayu & Cina ni utk bekerjamasama & mengenali antara satu sama lain (da mcm cite Glee la plak). So Anne minta bantuan dari kawan karib lama, Azman yg pnah belajar skali kat Universiti dulu untuk merealisasikan misi ini.

Kepada sesapa nak tgk boleh la download kat sini Gadoh 2009, sila download part 1, part 2 dan part 3. Download semua skali smpi habis then baru extract dari zip file utk dapatkan satu movie. Thanks to Azrie Ery for the movie.


P/S: Teringat zaman aku skolah Men. dulu ada seorg cikgu tu mmg anti India. Encourage bebudak Melayu gado ngan India. X patut btol. Ada gak satu masa tu aku join bebudak non-malay (4 Cina sorang India) pergi jungle trekking ngan basikal kat Kemensah Height & tembus Bukit Antarabangsa. Speaking aje diorg aku ye ye kan aje haha. Tah mcm mana aku da x rapat sgt ngan diorg. Skrg ni aku bengang plak ngan job adv yg rata² requirement prefer Chinese tak pun must be able to converse in Mandarin. Pe lagi klu cmpny tu nk bangsa diorg aje. Ssh btul nk cari keje esspecially IT ni, cmpny Melayu x byk.

Jumaat, 17 September 2010

Last Day In Langkawi

Macam biasa mcm smlm bangun pagi breakfast. Mandi laut skjp then kemas barang, simpan baju gadget semua dlm beg & baju basah dlm plastik. Sidai skjp tp x kering sepenuhnya.

Pukul 12tghari - checkout chalet. Pergi Zon duty-free supermarket, aku x byk beli brg just coklat fav aku Mars 12 mini bar RM20 and sekeping Cadbury coklat bar besar RM9.90. Ajib angkat dua Hershey coklat pack utk kakak dia & bini aku angkat 6 keping coklat apa aku x ingt utk adik dia. Bini aku jenis x mkn coklat so dia x beli utk diri sendiri.

   Da abis shopping skit, kami trus balik jetty Kuah, bergambar skjp kat Datang Lang iaitu tugu helang besar atau tugu Langkawi. Besar btul patung burung helang ni, da la panas terik. Berpeluh kitorang. Lepas tu kami pulangkan kereta sewa dpt balik deposit RM50. Jam menunjukkan pukul 1 petang, jimat punya pasal kami redeem KFC kopun (Maxis Hot Ticket) ngan empat ketul ayam and share skit ngan menu set Ajib. Aku beli tiket feri K.Perlis kat kaunter utk jam 2:30pm. Da selesai mkn, masing² msk dlm tempat menunggu feri. Aku solat skjp kat surau berdekatan, kebetulan nmpk jemaah imam baru nak mulakan solat aku trus msk saf. Pelik gak, dua rakaat je. Ni jamak Subuh ke apa, aku smbg la 2rakaat lg kasi ckup 4. Cepat gile x abis surah Al'Fatihah da trus rukuk. Imamnya pun pki suar pendek ngan sorg lagi membernya agaknya kat blkg, dua² org mcm dari Middle East. Kesian pakcik sblh aku, penat tul dia nk catch up imam.
  Sementara menunggu feri, Ajib borak ngan seorg pakcik. Pakcik ni ckp dia local kat Langkawi ni & dia bgtahu yg Laut kat Pantai Cenang kami mandi sebelum ni da mkn byk org. Terkezut aku, xtau plak aku cite ni, katanya ada satu dasar kat pantai tu dalam, ombak besar boleh tarik org smpi x timbul trus. Boleh jadi ada related ngan signboard aku nmpk kat pantai tu 'Mandi tanggungjawab sendiri' lbh kurang mcm tu bunyinya. Nasib baik x terjadi apa² kat kitorang.
  
Akhirnya sampai jg feri & amik masa kira² 45min smpi kat Jeti K.Perlis. Angkat barang msk dlm kereta. Kira duit kjp. Campur ngan bini aku ada la dlm RM100. Berpandukan dari google map yg aku print, kami melalui jalan dalam menuju ke Butterworth. Itu pun amik masa dekat 2jam lbh. Byk sgt traffic light, average 60km/j. Akhirnya smpi ke Sg.Petani and susur keluar ke Butterworh, tgk kiri kanan mcm penah lalu sblm ni. Cuak aku, bior btul... Setelah jln je trus akhirnya smpi jg. Jam da pukul 8mlm gitu, tgk google map pun x lengkap. Last² tanya org, dpt gak masuk jln dalam dari Butterworh menuju ke Ipoh. Itu pun da amik dekat 3,4 jam. Mata aku da ting tong da. Smpi kat selekoh signboard ke K.Kangsar, aku masuk tol kat situ sbb aku x brapa sure. Brenti kjp kat RNR Sg.perak setgh jam kasi rehat enjin, minum nescafe. Pastu truskan perjalanan exit kat tol Ipoh (utara) msk ke jalan dlm menuju ke Lumut and menyusuri ke Teluk Intan. Jalan yg byk straight buat aku mengantuk sehingga x tahan, bini aku smbg drive. Akhirnya pada pukul 4pagi sampai jg kat Tg. Karang iaitu kpg kami. Pe lg, msk rumah trus tido. Perjalanan yg mkn masa 13Jam wor dari Perlis.. Inilah 1st time aku drive dari Utara ke kl.

Rabu, 15 September 2010

2nd day In Langkawi

Awal² pukul 8 pagi kami da bangun & breakfast nasi lemak kat warung berhampiran. Lepas tu ngan x mandinya trus tukar baju simple ngan t-shirt & seluar pendek. Ingat nak jalan² dekat kawasan sini je (Pantai Cenang), tapi da terlajak ngan kereta Saga ntah mana² kami merayau.

Mula² drive je ke depan & sepanjang perjalanan nmpk permandangan kawasan kampung & hutan. Kemudian lalu atas jambatan, sempat berhenti & bergambar sbb kawasannya yg luas nmpk berbukit bukau dan laut.  Pastu naik kereta balik secara x sengaja nmpk signboard ke cable car. Cambest je, so aku set destinasi ke cable car & jalan nak ke sana adalah melalui kwsn port kapal layar, airport field dan jln yg bengkang bengkok melalui hutan hijau.



Akhirnya sampai juga ke Cable Car walaupun tersesat ke resort apa nama tah (mmg ekslusif & cantik resortnya mesti mahal). Rupanya cable car tu ada dalam Langkawi Geopark. Dlm Geopark ni bkn cable car saje tp ada byk tmpt menarik cthnya kedai² souvenir, tasik, mini zoo (harimau, ayam, arnab, ular, rusa) dan mcm² lg. Malang sggh sebab x dpt naik cable car sebab harga yg agak mahal RM30 seorg, klu ada bajet mmg nak naik sgt. Org kata kat atas bukit tertinggi tu bole boleh nmpk satu pulau Langkawi ngan sekitar lautan selat melaka. Aduh rugi btul la, tp xpela next time ada lg (sedapkan hati).

Selasa, 14 September 2010

Langkawi budjet Trip

Setelah sekian lama akhirnya termakbul juga ke Pulau Langkawi walaupun xdpt enjoy semua tmpt kat pulau tu atas sebab kurang bajet. Aku ajak member² pergi skali tp yg jadinya sorang, Ajib & bini aku. So Raya yg ke-5 (14/09) ngan gambelnya berbekalkan RM250 dlm tgn (dlm bank RM350) bertolak la kami pd pukul 4 pagi Selasa tu dari KL.  Ajib bajetnya lbh kurang RM200 je tu, tu pun aku yg pujuk 'xpe aku leh payung klu x ckup'.

Ini juga 1st time aku jalan ke Utara. Sblm ni aku penah ke K.Terengganu & Johor. Nak dijadikan cerita kami melalui highway utara-selatan dari tol Plus KL sampailah ke penghujung tol Butterworth yg ambik masa kira² 6jam. Harga tol RM41, minta Ajib half utk tol. Itu pun berhenti 3,4 kali agaknya kat RNR. Maklumlah drive keta Atos, aku xnk jadi mcm pergi ke Terengganu dulu jln laju non-stop last² overheat kat sana.

Jauh perjalanan luas permandangan
Pehtu kami sesat, xtau nak ikut jln mana utk ke Kuala Perlis. Ni pun gambel tanya tanya org yg tgh kerja potong rumput tepi highway. Katanya ikut jln highway ke Sg.Petani. So masuklah tol lagi menuju ke Utara yg amik masa kira² 2 jam. Rasa was² jg dlm perjalanan btul ke jln yg aku amik ni xnmpk pun signboard K.Perlis. Semua tmpt da redah dari exit sg.petani utara, sg.petani selatan, Gurun, K.Kedah utara & selatan. Alhamdulilah.. smpi jg kami ke penghujung tol tu iaitu exit K.Perlis ngan rege tol RM14.. price not bad. Minyak terpaksa isi balik dari tank penuh RM50 kena isi semula RM30 cecah hampir full. Ingatkan da smpi, drive punya drive rupanya jauh lg! Kesian tgk si sorang member and bini aku. Tp sedaplah byk tido, aku yg drive smpi ke sini. Pehtu bini aku la smbg drive melalui highway Changlun-Kuala Perlis yg xde tol yg amik masa dekat sejam. Sambil² tu layan radio dari negara sebelah Thailand, wlupun x phm tp boleh tahan rentaknya. Sesekali nmpk signboard sewa teksi ke Hat Yai, Thailand. Dlm kepala aku piki klu pigi sana lagi best ni.. Dgr kata org sana syurga lelaki, apa syurga tu phm² la.. Aku nk tgk jer.. haha

Sampai jg kat Jetty

Fuh setelah hampir 10 jam perjalanan akhirnya sampai kat Jetty K.Perlis. Sesampai je kat sana ada sorang brother yg drive motor tunjuk ngan tgnnya kat satu ruang parkir kereta. Lepas bini aku adjust parking, brother tu pggl member dia charge parking, katanya RM8 sehari. Brother tu offer hotel, kereta sewa, & servis boating ke 3 jenis pulau kat Langkawi tu dlm longhat Kedah. Yang hampehnya dia borak ngan bini aku je, kami yg lelaki ni x berani agaknya sbb aku kurang percaya. Diorg ni mcm ulat je. Da la tiba² member bro tu mnta RM30 utk parking 3hari, terkezut aku bkn ke tadi kata RM8 sehari.. Last² dpt byr RM24..
Dari situ aku detect diorg ni mesti markup lebih ni, bini aku plak beriye² aje. Bro tu citer amik hotel ni campur keta sewa semua aku kira da lebih bajet aku ni. Agak² mau cecah RM400 semua tu.. Last² aku ckp kat bro tu sorry la kami mmg bajet skit je, aku byr parking je, yg lain biar aku pikir kemudian aje. Bro tu kata kena sembelih la kau kat sana....

Kami angkat beg baju sendiri, beli tiket feri RM18 seorg, aku tanggung bini aku RM36 skali. Da penat gile ni, dok dlm feri lg ngan pening kepala, sib bek x muntah. Dkt 45min tu sampai la kat Jetty Kuah, Langkawi. Fuh smpi jg aku kat Langkawi ni yer. Tarik beg travel aku, g toilet dulu & surau utk solat. Pehtu g main entrance dia, kami didatangi ulat² kereta sewa. Tang ni aku takut skit, takot lari bajet. Aku minta Kancil, dia kata xde stok da ada org lain amik. dia suggest amik Iswara la baru RM70 sehari. Tawar menawar beberapa minit akhirnya aku dpt keta Iswara ngan sewa RM120 utk 48jam, maknanya aku kena pulangkan sblm pukul 4ptg Khamis.

Green Hill Resort

  Dapat keta msk dlm trus drive ntah mana² aku pergi pun aku xtau. Main jalan je. Baru sedar yg keta tu bkn Iswara tp saga aeroback, hampeh. Da la manual, stereng keras, minyak empty, cermin blkg bocor air ujan bleh msk lak tu haha. Aircond pun x sejuk, adoi.. masak.. Lepas isi minyak bini aku drive, dia da biasa, Aku xtahan la keta camni. Drive punya drive aku suruh bini aku pergi jalan Pantai Cenang psl aku pnah nmpk satu chalet murah masa surfing tenet kat umah. Smpi sana cari Motel Tanjung Melati, 2kali pusing tp x jmpa. Last² gambel pilih aje chalet dari byk² hotel sepanjang jln tu. Akhirnya jmpa Greenhill Beach Resort. Wah.. dpt murah RM70 je sehari ngan kemudahan dua katil queen size & aircond tapi tv rosak. Boleh plak bini aku minta kurang dari RM75. Oklah tu walaupun biliknya nmpk agak buruk tp senang xyah naik tangga (kesian bini pregnant), pehtu x jauh dari pantai.


     Masuk bilik bawak beg semua mandi² trus g cari tmpt mkn. Rasa² time ni pukul 5ptg. Lapar x hengat. Cari punya cari ssh gak nak cari warung yg nmpk murah. Last² dpt gak jmpa warung tp makanan x sedap la. Harga standard cam kat KL, xpela janji masuk perut. Lepas tu g jln² skit kat Pantai Cenang, lps tu usha Zon duty free market byk coklat murah². Nanti la beli time nak balik nanti. Kol 8mlm kami trus msk tido.. Penat sgt da ni.. Besok la pusing satu pulau Langkawi ngan kereta Saga, apa agaknya yg best kat pulau ni...
Underwater World yg dkt ngan resort tp x msk pun.

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa yg mengenali diri ini. Walaupun tiada sesiapa yg baca blog aku, (mmg la aku x promote kat sesiapa pun lg) tp tetap nak wat ucapan juga. Hamba yg byk kekurangan ini ingin menyusun sepuluh jari (bkn 14jari) memohon ampun dan maaf especially kpd Isteriku yg sabar & sentiasa bersamaku walaupun aku dlm keadaan miskin dan daif ini..
 Then hamba ingin memohon ampun dari mummy, papa and abah, ummi sebab x dapat hadiri buka puasa bersama. Dgr² abah marah ngan aku, maaflah.. Bln puasa kali ni kami kesempitan wang utk ke mana²..
Then nak ucapkan juga kpd mak mentua, adik bradik, sedara mara, sepupu sepapat, opah, adik ipar, abang ipar ngan ucapan ampunkan la jika terdapat kekasaran, kesilapan diri ini dan lawak yg agak melampau jika menginggung perasaan dan sanubari anda sekelian.
Amin...

Khamis, 9 September 2010

1st time bayar zakat

Haha, setelah sekian lama baru hari ni pertama kali aku membuat bayaran zakat fitrah. Sebelum mmg aku x tahu, bkn nak amik tahu. Skrg barulah aku tau mcm mana procedure zakat fitrah. Sblm ni dlm mind set aku asyik pk diri sendiri pun x ckup duit inikan pula nak bagi org lain. Tp skrg da berubah.. Walau sesikit mana rezeki aku pun aku tetap akan buat sedekah. Lgpun zakat ni kan wajib....  Harap lepas ni diperbanyakkan la rezeki aku...

Berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini

Baru-baru ni aku dimaklumkan ada iklan Raya kat TV3 baru kena banned. Tak sempat plak aku nak tgk iklan tu kat tv. Tapi aku sempat tgk kat youtube beberapa hari lps. Tp skang ni video tu da kena removed dari youtube.. wow psl apa kena removed aku pun tatau.. Mgkn takut org terpesong akidah atau mgkn jg untuk menutup kemaluan TV3.

Berikut ialah maksud tersirat dari scene iklan tu (sumber dari email member)..
Lagi skali aku kata Wow! hebat btul... x sangka aku smpi iklan Raya pun ada unsur² freemason.. (sesiapa yg xtau apa itu freemason atau illuminati bole search 'Arrival' kat youtube siap ada subtitle melayu lg. Semua ada 50epi). Atau pun leh baca artikelnya kat MistisFiles.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
   Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
   Buku – Bible
   Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
   Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
   Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
   Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
   Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
   Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
   Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
   Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
   North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan


Selasa, 10 Ogos 2010

My 1st post at 1st day of Ramadhan

Salam,
Entah angin xde ribut xde tiba² aku nak buat blog sendiri. Tiba² aku tercetus idea nak buka blog untuk buat diary aku sendiri yang mana aku tak dapat luahkan atau complain rasa tak puas ati terhadap sesuatu yang x dpt dia dunia realiti.. Maklumlah aku kena kawal diri utk kebaikan diri & sejagat... Walaubagaimana pun hati tetap tak tenteram, sebab tu aku buat blog sendiri..

Kena pula ngan hari puasa pertama, Aku ialah perokok yg agak tegar, mcm thn lps puasa bertahan aku 2mggu lbh. Selebih tu aku rokok aje, ada la dkt 3 btg gitu walaupun x mkn minum.. Memang susah sgt nak tggl. Untuk tahun ni aku da prepare especially utk bln puasa. So, aku pegi klinik brenti merokok kat Klinik TangLing yg dikatakan percuma tu. Dlm tu aku diberi kaunseling brain wash baik punya oleh nurse yg agak berumur. Lepas tu ditemuramah plak oleh bdak praktikal student mana aku tak ingat. Lepas tu aku diberi ubat brenti merokok, katanya harga ubat tu dlm RM150. Semua ni aku dpt secara percuma. Aku da yakin sgt da time tu, mesti bole brenti ni, tmbh lg ubat yg bole buang nikotin dlm badan.

Sehari lepas tu aku isap 10 batang rokok (biasanya 20btg sehari).. 3hari kendian 5batang.. Wah.. ada progress.. seminggu kendian 10 batang balik.. smpi la hari² biasa.. HAMPEH...

Oleh itu boleh la aku sifatkan bahwa tabiat merokok aku sukar dibuang walaupun tiada nikotin tetapi tabiat yg aku amalkan selama 10thn menjadi kebiasaan aku.

Itu dulu, tapi skrg aku berjaya tak sentuh rokok utk selama 6 hari... Mgkn bg setengah org benda remeh je tp bagi aku ini adalah rekod terbesar! Gile, sehari x dpt rokok mana tahan beb.. inikan pula 6 hari....
Rahsianya? haha.. aku da ada pengganti lain selain rokok... iaitu rokok elektronik.. ataupun dlm english E-Cigarette.. Rokok juga.... tp bkn sebarang rokok. Bkn rokok biasa yg ada tembakau tu. Ini rokok tiada tembakau, tiada api,tiada asap, plak tu menjimatkan... & yg plg penting kesihatan aku lebih terjamin.
Aku bersyukur ngan rokok elektronik ni aku dpt stop trus rokok tembakau. Skrg ni aku dpt rasa badan sihat & bernafas normal x mcm dulu jantung laju berdegup tiap kali merokok.

 Walaupun keinginan utk kembali rokok tu ada tp aku ttp semangat..
Untuk puasa thn ni insyallah aku dpt puasa penuh.... and amal ibadah... Cukup la enjoy lepas², da byk dosa da.. hehe