Awal² pukul 8 pagi kami da bangun & breakfast nasi lemak kat warung berhampiran. Lepas tu ngan x mandinya trus tukar baju simple ngan t-shirt & seluar pendek. Ingat nak jalan² dekat kawasan sini je (Pantai Cenang), tapi da terlajak ngan kereta Saga ntah mana² kami merayau.
Mula² drive je ke depan & sepanjang perjalanan nmpk permandangan kawasan kampung & hutan. Kemudian lalu atas jambatan, sempat berhenti & bergambar sbb kawasannya yg luas nmpk berbukit bukau dan laut. Pastu naik kereta balik secara x sengaja nmpk signboard ke cable car. Cambest je, so aku set destinasi ke cable car & jalan nak ke sana adalah melalui kwsn port kapal layar, airport field dan jln yg bengkang bengkok melalui hutan hijau.
Akhirnya sampai juga ke Cable Car walaupun tersesat ke resort apa nama tah (mmg ekslusif & cantik resortnya mesti mahal). Rupanya cable car tu ada dalam Langkawi Geopark. Dlm Geopark ni bkn cable car saje tp ada byk tmpt menarik cthnya kedai² souvenir, tasik, mini zoo (harimau, ayam, arnab, ular, rusa) dan mcm² lg. Malang sggh sebab x dpt naik cable car sebab harga yg agak mahal RM30 seorg, klu ada bajet mmg nak naik sgt. Org kata kat atas bukit tertinggi tu bole boleh nmpk satu pulau Langkawi ngan sekitar lautan selat melaka. Aduh rugi btul la, tp xpela next time ada lg (sedapkan hati).
Pemandangan cable car menuju ke puncak |
Bersama Ajib kat tasik Geopark |
Air terjun Telaga Tujuh |
Sempat bergmbr kat kapal Layar |
Kemudian kami brenti kat port Kapal Layar, ada byk kapal kat situ tp sygnya xleh msk. So bergambar jela dari luar. Nmpk beberapa omputeh dok kat dlm kapal layar tu, mkgn diorg punya agaknya. Selesai sudah bergambar & isi minyak, hari pun dah tghari. Peluh mula membasahi badan. Kami pun trus balik ke chalet dan menikmati makan tghari kat restoran dpn chalet. Harga standard cam KL. Janji masuk perut. Then baring² pastu pergi pantai tp x jadi mandi sbb hari mau hujan & ombak yg bergelora..
Pintu gerbang Makam Mahsuri |
Tido la kami skjp. Petang skit kami smbg jalan, klu bole satu pulau ni diredahnya. Da sewa kereta xkan menapak je kat umah kan. So destinasi seterusnya ialah Makam Mahsuri. Seperti biasa, bini aku la yg drive. Sesekali nmpk pengguna kenderaan lain menjeling kat bini aku, x pnah tgk pompuan drive agaknya. Akhirnya smpi jg ke Makam Mahsuri ngan perjalanan bole tahan sebab kedudukan di tgh² Pulau Langkawi. Nak masuk kena bayor RM10!.. Ooo.. tu utk pelancong asing je, local bayor RM5 jek. Dalam makam ni x kurang hebat gak. Aku ingat ada cite or patung sejarah Mahsuri aje, rupanya ada mcm². Ada plak taman mini haiwan, rumah² Kedah, permainan muzik yg dimainkan oleh staff sini. Yang paling penting ialah kubur Mahsuri. Dipendekkan cerita Mahsuri ni difitnah dan sebelum beliau dihukum bunuh beliau bersumpah Pulau Langkawi ini akan tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Kat sini ada gambar perkahwinan Wan Aishah ngan laki dia. Wan Aishah ni keturunan Mahsuri yg last yakni ke-7. Smpi keturunan dia, Pulau Langkawi da makmur da, siap duty free lg.
Kubur Mahsuri |
Telaga Mahsuri |
Di Tanjung Rhu |
Tinggi ombak tu |
Pastu balik rumah, mandi laut. Laut sini agak menyeramkan, ombaknya deras sungguh. Sesekali dtg ombak besar mahu tariknya aku ke laut. Apa pun enjoyz... Da agak mlm balik makan, solat. Malamnya agak busan, xde apa nak buat, g cyber cafe jap tgk google map utk balik ke KL bsk melalui jln dalam. Dlm poket ni pun ringgal lebih kurang RM200 gitu.. minyak keta kat K.Perlis ada half je tu..
salam..hyee..saya org lgkawi.ruginya encik tak naik cable car. tiket cable car rm15 je. rm30 tu slalunya utk org asing.tunjuk ic dpt rm15. kalau encik beli d kaunter jeti tmpat kereta sewa lagi murah.rm14 shj.boleh refund balik kalau tak jadi naik..hehehe saja je nak bgtau..salam kenal :)
BalasPadam