Selasa, 17 April 2012

Long tentacle anemone

Letak kat atas live sand smlm skr kat situ dia berada


Published with Blogger-droid v2.0.4

My latest 3ft aquarium

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 10 April 2012

Upgrade to bigger tank

Hobi baru aku da makin menggila dlm sanubariku.
Baru sahaja sebulan usia Nano tank aku x puas ati & nak angkat tank besar terus iaitu 3 kaki.
Dengan kesanggupan aku yg melayang $$$ sekelip mata puff.. abis RM 500..

Inilah dia Aquarium 3 kaki aku yg aku beli dari Mudah.my. Second hand je pun,, Tapi berbaloi²..

 Sump n skimmer





Rabu, 28 Mac 2012

Updated my aquarium

Hari ni da msk seminggu usia akuarium aku. So far ikan sihat. Cuma aku panic aqua aku da mula tumbuh algae. Kat live rock aku da nmpk kehijauab alqae tu. Kat dinding cermin aqua nmpk bintik2 hijaunya tu. Aduh ni yg x best ni.

   Setakat ni aquarium aku da ada 5 ekor ikan iaitu clown fish, blue damsel, mandarin fish, zebra damsel  & damsel yg besar sikit, yg itu agak penakut asyik nyorok je dari mula letak dlm aqua. Lupa plak ada 2 ekor lg binatang iaitu starfish & siput. Siput apa tah namanya aku pon xtau wlupun da google. Tp dua ekor ni pemakan algae yg bole bantu sedkit sebyk dpt krgkan algae.

    First gaji aku hari ni aku da angkat 1kg live rock beli dkt kedai oceanic bkt kuchai. Aku tmbh lg pasir 1kg yg besad ckit. Ingat nK angkat protein skimmer, biar lg bgs cucikan aqua aku tp setelah staff kedai tu kata ssh nk attach kat aqua aku yg build-in penutup so aku pk btul jg. Lgpon sudah ada filter kat blkg aqua. Tp bgimana pon aku pk mcm kurg efektif psl dia dlm aqua tu. Klu guna skimmer kotoran ammonia apa kejadah da tentu keluar mak dlm bekas skimmer kat luar aqua. Xpe kita tggu & lihat. Kat kedai tu brg n live rock la jd pilihan aku. Klu nak beli ikan atau anemone x dan la psl mahal hampir dua kali ganda dari kedai yg aku survey kat Kota Kemuning. Kat sana ikan damsel biru baru RM5. Klu kat Bkt Kuchai rm10. Clownfish pon dkt rm35. Kat k.kemuming br RM10. Berbeza sgt harga.

    Satu lg kedai aku survey kat kswn aku. Rupany kedai ni x kurg hebat jg. Dari luar mcm cikai punya kedai bil msk fuh byk anemone dia ada. Aku angkat satu batu yg berharga RM30. Batu ni mmg ajaib, dia ada byk lubang sekeliling batu & bunga2 akan keluar dr lubang tu sehingga menutupi batu tu. Dia berkembang bila ada cahaya. Staff tu kata tu bkn anemone. Aku tanya apa namanya mat bangla ti pon xtau. Aduh.. Aku search kat google pon xdpt. Kat situ jg aku angkat starfish. Tu jela, nak angkat ikan tp x byk sgt choice. Harga kira mahal ckit. Ada satu jenis ikan clownfish warna putih, aku tanya tauke dia harganya terkezut aku harganya RM600! biar betik. Btui ke apa aku dgr. Apa yg spesel sgt tah ikan ni. Nak tanya lebih2 dia bz.

   Satu lg kedai aku survey kat dpn Wangsa Walk. Ha yg ni mmg aku x suka. Xbrapa nak layan customer. Maybe dia tgk aku newbie sgt or aku x serius dia malas nk jwb soklan aku. Harga pon mahal. Ikan brapa kerat je ada. Yg byk batu karang & anemone. Harga mahal sgt la. Nyesal dtg jauh.

    So malam tadi aku bw balik live rock. Dari apa aku baca kat tenet live rock ni xbleh trus msk dlm aqua. Dia perlu dirawat & plg koman 3 minggu simpan dlm balang or baldi skali ngan pump oksigen. Masalahnya aku xde pump lebih. Aku pk live rock dari kedai pon dia jaga & nmpk bersih so aku just rawat gosok ngan berus gigi & bilas ngan air masin. Hmmm jadilah. Utk kurangkan risiko ammonia yg byk aku tukar air aqua 50% skali gus ngan harapan hilangla algae tu. Klu tumbuh lg algae terpaksa la beli ammonia or nitrate test kit yg mahal tu. Lingkup wor klu aku beli semua brg. Magnesium la ubat KH la test kit, chiller la & segala mcm mau cecah beratus beb.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 18 Mac 2012

My new hobby


Sejak visit pet shop tgkt 3 kat Mid Valley aku trus jatuh cinta ngan marine aquarium. Terdetik dlm hati aku dari kempunan menunggu ada bajet & time nak snorkel kat pulau di Terengganu apa kata aku snorkling kat umah sendiri. Damai je tgk ikan berenang di celah batu karang & coral.

   Akhirnya aku angkat satu akuarium bersaiz 1.5kaki panjang. Tu pun setelah byk aku survey dekat jln pudu (confom xde coral) , waterpark Shah Alam (juga xde coral), subang jaya ss 19/6 pon xde coral. Waa susah rupanya nk cari kedai ikan yg ada jual coral @ reef. Ada satu kedai aku jenguk kat W.walk ada byk jual batu karang & anamone (panggilan utk invertebrata haiwan coral). Tapi ikannya sgt la sedikit, beberapa ekor je ceh. Da la harga mahal. X beli la aku kat situ. Akhirnya aku berjaya jmpa dkt tmpt tggl aku sendiri di Tmn Bkt Kuchai, Puchong. Byk gak spesis ikan & anamone. Live rock pon byk pilihan. Harga bole thn. Staff mesra alam servis bgs dia siap tnjk ajar mcm mana nak mainteain aqua marine n demo cara tukar air masin. Last2 aku rembat sAtu akuarium beserta ngan produk2 berkaitan skali seperti water pump, anti bakteria, anti klorin, live sand, live rock & salt. Ikan xbleh bela lagi coz katanya & info dari tenet mesti biarkan aqua selama dua tiga hari utk air sebati btul2 ngan salt. Teruja btul aku. Minta2 ikan aku hidup segar & x mati cpt.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 12 Mac 2012

My 2cent

Semenjak dapat smartphone baru mcm² aku godak & byk juga aku dpt ilmu. Smartphone ni yg menggunakan operating system Android rupanya sgt luas penggunaannya. Ilmu yg aku dpt bkn takat games & apps (aplikasi) saja, rupanya ada benda lain seperti secret code, hack hp dll.

    Aku da cuba segala benda apps yg didonlod kununnya lagi cantik interface hp yg ku syg mcm weather clock, messaging theme, launcher theme, widget &  mcm² lg la. Ada gak aku cuba overclock, tambah memory hp ni & nak try juga godak hp ni lebih mendalam lg. Setiap hari aku cari info tanpa tanya org lain psl bkn semua org tau. Rata² org yg aku kenal yg guna smartphone just guna call sms & donlod apps dari Android Market je. So dari tenet la aku cari info.

   Setelah seribu mcm aku try theme akhirnya aku jatuh cinta kat dev (developer) Go SMS, Go Theme, Go Locker. Pasal apa, pasal aku suka sgt theme dia yg lebih cantik & byk feature dari stock yg sedia ada. Tapi selama aku guna benda tu semua hp aku jadi agak slow. Bila buka game atau apps yg berat sikit je dia sgt lagging. Tapi masalahnya aku xnak buang Theme semua dari hp aku. 

   So aku cuba cari solution lain & aku cuba apps task killer. Task Killer ni boleh buang apps yg disimpan dlm memory. Tapi aku rasa masih juga slow. Dari pemahaman aku task killer ni bkn la bagus sgt sbb bila dia kill task tu nanti dia ada running balik. So xde gunanya.  So aku cari kaedah lain plak & aku dapat solution ngan root balik hp aku & install ROM