Rabu, 28 Mac 2012

Updated my aquarium

Hari ni da msk seminggu usia akuarium aku. So far ikan sihat. Cuma aku panic aqua aku da mula tumbuh algae. Kat live rock aku da nmpk kehijauab alqae tu. Kat dinding cermin aqua nmpk bintik2 hijaunya tu. Aduh ni yg x best ni.

   Setakat ni aquarium aku da ada 5 ekor ikan iaitu clown fish, blue damsel, mandarin fish, zebra damsel  & damsel yg besar sikit, yg itu agak penakut asyik nyorok je dari mula letak dlm aqua. Lupa plak ada 2 ekor lg binatang iaitu starfish & siput. Siput apa tah namanya aku pon xtau wlupun da google. Tp dua ekor ni pemakan algae yg bole bantu sedkit sebyk dpt krgkan algae.

    First gaji aku hari ni aku da angkat 1kg live rock beli dkt kedai oceanic bkt kuchai. Aku tmbh lg pasir 1kg yg besad ckit. Ingat nK angkat protein skimmer, biar lg bgs cucikan aqua aku tp setelah staff kedai tu kata ssh nk attach kat aqua aku yg build-in penutup so aku pk btul jg. Lgpon sudah ada filter kat blkg aqua. Tp bgimana pon aku pk mcm kurg efektif psl dia dlm aqua tu. Klu guna skimmer kotoran ammonia apa kejadah da tentu keluar mak dlm bekas skimmer kat luar aqua. Xpe kita tggu & lihat. Kat kedai tu brg n live rock la jd pilihan aku. Klu nak beli ikan atau anemone x dan la psl mahal hampir dua kali ganda dari kedai yg aku survey kat Kota Kemuning. Kat sana ikan damsel biru baru RM5. Klu kat Bkt Kuchai rm10. Clownfish pon dkt rm35. Kat k.kemuming br RM10. Berbeza sgt harga.

    Satu lg kedai aku survey kat kswn aku. Rupany kedai ni x kurg hebat jg. Dari luar mcm cikai punya kedai bil msk fuh byk anemone dia ada. Aku angkat satu batu yg berharga RM30. Batu ni mmg ajaib, dia ada byk lubang sekeliling batu & bunga2 akan keluar dr lubang tu sehingga menutupi batu tu. Dia berkembang bila ada cahaya. Staff tu kata tu bkn anemone. Aku tanya apa namanya mat bangla ti pon xtau. Aduh.. Aku search kat google pon xdpt. Kat situ jg aku angkat starfish. Tu jela, nak angkat ikan tp x byk sgt choice. Harga kira mahal ckit. Ada satu jenis ikan clownfish warna putih, aku tanya tauke dia harganya terkezut aku harganya RM600! biar betik. Btui ke apa aku dgr. Apa yg spesel sgt tah ikan ni. Nak tanya lebih2 dia bz.

   Satu lg kedai aku survey kat dpn Wangsa Walk. Ha yg ni mmg aku x suka. Xbrapa nak layan customer. Maybe dia tgk aku newbie sgt or aku x serius dia malas nk jwb soklan aku. Harga pon mahal. Ikan brapa kerat je ada. Yg byk batu karang & anemone. Harga mahal sgt la. Nyesal dtg jauh.

    So malam tadi aku bw balik live rock. Dari apa aku baca kat tenet live rock ni xbleh trus msk dlm aqua. Dia perlu dirawat & plg koman 3 minggu simpan dlm balang or baldi skali ngan pump oksigen. Masalahnya aku xde pump lebih. Aku pk live rock dari kedai pon dia jaga & nmpk bersih so aku just rawat gosok ngan berus gigi & bilas ngan air masin. Hmmm jadilah. Utk kurangkan risiko ammonia yg byk aku tukar air aqua 50% skali gus ngan harapan hilangla algae tu. Klu tumbuh lg algae terpaksa la beli ammonia or nitrate test kit yg mahal tu. Lingkup wor klu aku beli semua brg. Magnesium la ubat KH la test kit, chiller la & segala mcm mau cecah beratus beb.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 ulasan:

  1. Blakang pejabat pos jln pudu ada kedai marine..kat situ murah..coral pun byk pilihan

    BalasPadam