Macam most parents, time kecik dulu asyik kena marah ngan diorg pasal selalu main video game coz dikatakan x berfaedah & melalaikan. X kurg juga buat tv rusak cpt & bil elektrik melambung. Selain dari kecekapan tangan menekan-nekan button, kita sendiri x brapa nmpk nilai positif ketika main komputer. Iyela, org tgk dok tgk aktiviti kita ngan duduk di kerusi dpn pc tidak banyak membantu org berfikir.
Bagaimanapun satu kajian kat University of Rochester, New York, baru² ni mendapati mereka yg bermain action game boleh membuat keputusan tepat dgn lebih cepat berbanding mereka yg x bermain. Penyelidik kat universiti itu menjalankan ujian ke atas dua kumpulan remaja yg berumur antara 18 & 25 tahun, yg kesemuanya bkn merupakan pemain komputer yg aktif. Satu kumpulan bermain selama 50 jam action game pantas iaitu Call Of Duty 2 dan Unreal Tournament. Satu lagi kumpulan diminta bermain game yg agak perlahan iaitu The Sims 2.
Call of Duty 2 |
The Sims 2 |
Unreal Tournament |
Ujian kepantasan
Selepas Kedua-dua kumpulan itu abis main game ngan masa ditetapkan, diorg diminta menjalani ujian yg memerlukan membuat keputusan yg cepat. Ujian itu termasuk memantau maklumat di komputer (visual & bunyi) dan diorg perlu menjawab soalan berkaitan maklumat itu sepantas mungkin.
Hasilnya, kumpulan yg bermain action game telah berjaya menjawab 25% lebih pantas dari kmpln yg hanya bermain The Sims 2. Pemain action game itu bkn saja cpt dlm menjawab soalan tetapi jawapannya juga tepat. 'Diorg melakukannya dgn gembira', kata pengkaji, Daphne Bavelier (kata dlm B.I la, xkan ckp Melayu kot). Katanya pemain action game juga mampu membuat keputusan tepat dlm jumlah masa yg pantas & perkara itu sgt penting jika korang merupakan seorg pakar bedah atau berada di medan perang.
Alasan di sebalik kemampuan ini dikenali sbgi probabilistic inference iaitu kemampuan otak untuk membuat keputusan berasaskan kpd situasi dgn maklumat visual dan bunyi yg berjaya diperoleh.
Otak pemain video game aksi (action game) dilatih utk mendapatkan maklumat² itu dgn pantas & cekap dan kemudiannya diproses sblm dihasilkan dlm bentuk keputusan.
Ia sgt berbeza dgn otak diorg yg bermain game perlahan atau tak bermain lgsg. "keputusan tidak semestinya dlm bentuk 'hitam putih'", kata Bavelier sebab otak biasanya akan sentiasa melakukan pemprosesan dgn sebarang kemungkinan.
Sebagai cth, kalau korg tgh memandu, tiba² terlihat sesuatu haiwan atau org hendak melintas jalan. Otak korang akan membuat keputusan sama ada hendak membrek atau tidak berasaskan maklumat kemungkinan beberapa laju kenderaan dan berapa laju pergerakan haiwan itu.
Kapal perang simulator |
Sebab tu tentera² Amerika dari apa aku tgk kat tv, diorg berlatih guna komputer cthnya kereta kebal simulation, x pun kapal terbang simulation yg menggambarkan keadaan sbnr melalui screen komputer. Tentera kita kat Malaysia ada x training mcm tu?
Walau mcm mana pun jgn fikir dgn keputusan ujian tu korang mengadakan alasan melekat kat komputer 24 jam jek. Klu da mkn minum & asyik main game da mesti berat bdn tambah & seterusnya memperlahankan plak proses otak korang utk berfikir.
Game, game juga, jgn smpi melekat dok kat bilik ngan dpn komputer jek. Kena gak keluar bersosial ngan org & buat aktiviti fizikal lain. Generasi skrg da x mcm dulu, budak² skrg ngan komputer jek mcm adik² aku. Donia²..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan