Selasa, 10 Ogos 2010

My 1st post at 1st day of Ramadhan

Salam,
Entah angin xde ribut xde tiba² aku nak buat blog sendiri. Tiba² aku tercetus idea nak buka blog untuk buat diary aku sendiri yang mana aku tak dapat luahkan atau complain rasa tak puas ati terhadap sesuatu yang x dpt dia dunia realiti.. Maklumlah aku kena kawal diri utk kebaikan diri & sejagat... Walaubagaimana pun hati tetap tak tenteram, sebab tu aku buat blog sendiri..

Kena pula ngan hari puasa pertama, Aku ialah perokok yg agak tegar, mcm thn lps puasa bertahan aku 2mggu lbh. Selebih tu aku rokok aje, ada la dkt 3 btg gitu walaupun x mkn minum.. Memang susah sgt nak tggl. Untuk tahun ni aku da prepare especially utk bln puasa. So, aku pegi klinik brenti merokok kat Klinik TangLing yg dikatakan percuma tu. Dlm tu aku diberi kaunseling brain wash baik punya oleh nurse yg agak berumur. Lepas tu ditemuramah plak oleh bdak praktikal student mana aku tak ingat. Lepas tu aku diberi ubat brenti merokok, katanya harga ubat tu dlm RM150. Semua ni aku dpt secara percuma. Aku da yakin sgt da time tu, mesti bole brenti ni, tmbh lg ubat yg bole buang nikotin dlm badan.

Sehari lepas tu aku isap 10 batang rokok (biasanya 20btg sehari).. 3hari kendian 5batang.. Wah.. ada progress.. seminggu kendian 10 batang balik.. smpi la hari² biasa.. HAMPEH...

Oleh itu boleh la aku sifatkan bahwa tabiat merokok aku sukar dibuang walaupun tiada nikotin tetapi tabiat yg aku amalkan selama 10thn menjadi kebiasaan aku.

Itu dulu, tapi skrg aku berjaya tak sentuh rokok utk selama 6 hari... Mgkn bg setengah org benda remeh je tp bagi aku ini adalah rekod terbesar! Gile, sehari x dpt rokok mana tahan beb.. inikan pula 6 hari....
Rahsianya? haha.. aku da ada pengganti lain selain rokok... iaitu rokok elektronik.. ataupun dlm english E-Cigarette.. Rokok juga.... tp bkn sebarang rokok. Bkn rokok biasa yg ada tembakau tu. Ini rokok tiada tembakau, tiada api,tiada asap, plak tu menjimatkan... & yg plg penting kesihatan aku lebih terjamin.
Aku bersyukur ngan rokok elektronik ni aku dpt stop trus rokok tembakau. Skrg ni aku dpt rasa badan sihat & bernafas normal x mcm dulu jantung laju berdegup tiap kali merokok.

 Walaupun keinginan utk kembali rokok tu ada tp aku ttp semangat..
Untuk puasa thn ni insyallah aku dpt puasa penuh.... and amal ibadah... Cukup la enjoy lepas², da byk dosa da.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan