Sabtu, 10 Disember 2011

Lunch di Pantai Remis

    Dalam perjalanan dari kampung biniku, kami sekeluarga singgah di Pantai Remis utk makan tghari (mkn lewat petang). Kami pilih restoran ni memandangkan x ramai orang & berdekatan ngan pantai. Angin sepoi² bahasa yg syahdu. Tenang sungguh.
Amboi layan blues ke
     Tapi tenang rupanya x sepanjang mana. Setelah makan bini aku offer biar dia yg belanja lalu dia minta bil. Datang sorang remaja bagi bil yg berharga RM34. Terkezut beruk aku, mkn utk 2 org harga semahal itu ke?
Lauk pun x byk mana, daging masak merah, sup tom yam, 3 ketul ikan bakar yg KeciK & kerang bakar semangkuk serta dua air laici. Itu pun harga mcm itu ka?
Layan Makan di tepi pantai
Bini aku x puas ati, dia pergi tanya kat kaunter, pastu dikatanya salah kira iaitu RM27. Pastu dia kira balik harga RM34 tu juga. Alamak.. Memang restoran seafood standard harga mcm ni ke? Bini aku minta tulis bil utk tgk harga lauk pauk.


Restoran yg aku rasa sgt mahal
 Mungkin sebab ini x ramai pelanggan. Restoran satu lagi yg berderet sebelah sana ramai orang. Seketul ikan kecik tu RM3. 3 ketul da RM9. Kecik sgt, x rasa apa. Ikan apa, aku x ingat nnti refer balik. Lepas ni da tahu xkan pergi restoran ni lagi.

Ahad, 28 Ogos 2011

Rumah pertamaku - Finishing

O.K, dulu² usha rumah lelong, then bidding, then house loan matter walaupun agak leceh sebab menunggu lama consent especially consent dari Lembaga perumahan Selangor (pasal rumah kos rendah mesti mau dari dia), and then renovate, tacap² apa yg perlu baru lah pindah rumah. 
Sebelum - Selepas

Sebelum - Selepas
 Kebanyakan perabot dari rumah lama aku lelong melalui online. Sofa lama bagi jiran sebelah pasal xde sapa nak (padahal last² minit baru ada org interested tp da terbagi jiran).  Barang rumah baru beli sedikit demi sedikit.

Cat Pintu pulak
Lepas tu upah orang pakistan (aku agak dia Pakistan) pasang grill tingkap. Terpaksa la walaupun duit da kering demi utk keselamatan.

Ahad, 10 Julai 2011

Renovate rumah

     Akhirnya keluar juga penyewa rumah. Tu pon kena push. Kalau tidak maunya nak keluar. Satu hari aku terkejut aku dpt satu panggilan iaitu panggilan dari owner rumah sebelum ni. Dia bagi salam & tanya betul ke aku da beli rumah dia. Ditanyanya berapa ribu aku angkat. Aku rasa agak awkward & mcm² benda x baik bermain dlm fikiranku. Aku cuba jawab ngan relax. Then dia kata ok la, dia just nak tanya je & bg salam hang up phone. Aku takut klu² dia buat benda di luar kawalan, yela some story aku dgr menda x elok. Tapi mgkn dia redha yg rumah dia dah dilelong. Xcely rumah tu atas nama mak pak dia yg da meninggal dunia. Da berbulan² dia bagi sewa kat org lain tp x sambung bayar bank kan.

Sajer wat graffiti seblum cat abis
 Kerja yg pertama aku buat cat rumah. Ini pun makan beberapa minggu pasal dtg sini pun seminggu sekali dua. Maklum la penat kerja waktu siang.

Ruang tamu yg dah disiap cat & ditampal plaster

Sabtu, 18 Jun 2011

Kutip tile percuma

Tile free! Ambik semua bersih² jual. Boleh buat duit ni. Tapi malas ar aku, xde masa ngan berat nak mengangkatnya.

Tile yg cantik² da kurang. Ramai yg da amik. Aku amik la yg kaler puith utk dipasang kat toilet rumah. 


Rabu, 1 Jun 2011

Pertama kali jenguk rumah pertamaku

   Kini rumah lelong ni akan jadi milikku. Aku jenguk rumah ni utk kali pertama. Sebelum ni tgk dari luar je. Dah beli baru nak tgk, risiko btul aku ni kan. So aku ketuk pintu, org India yg buka. Dipelawanya kami (bini & mentua aku) msk dlm. Yarabbi, huduhnya rumah ni. Pecah sana pecah sini, ada lampu xbleh guna, dinding kotornya. Yg cantik satu je, siling rumah yg dah renovate.

Org india ni sebenarnya penyewa rumah ni. Ownernya orang melayu. Terkezut beruk penyewa ni, dia xtahu rumah ni dah lelong. Padahal dia baru je duk sewa dua bulan. Kami bagi masa dia sebulan lagi utk cari rumah lain. Tapi dia minta bagi duduk dua bulan lagi pasal owner xnak bagi balik deposit, so dia nak duk sebulan lg tanpa bayaran. Basically aku la owner baru, tapi aku da baik hati sgt aku setuju jela. Lepas tu chow balik rumah sewa aku.

Selasa, 24 Mei 2011

Trip to Hat Yai

     Sambil menyelam kita minum airnya skali.. Alang² aku hantar adik aku ke Uitm Perlis teringin gak nak jalan ke Thailand. Last time aku pegi sampai kat sempadan je. Tak dapat masuk border pasal aku xde passport. Kali ni impian kami akhirnya tercapai. Dipendekkan cerita kami pergi kedai insuran dkt Padang Besar utk usha. Tanya punya tanya rupanya kami perlukan surat akuan pemilik kereta beserta salinan geran kereta utk lepas border. Tauke tu buatkan surat utk kami ngan bayaran aku pun x ingat. salinan geran nasib ada dlm dashboard. Masalahnya surat perlukan signature bapak yakni pemilik kereta tp bapak aku kat KL. Xpe la aku sendiri jela sign. Pastu g balai polis bagi surat² tersebut & akhirnya dpt juga pas.

Sempadan Padang Besar - Thailand
Yeah berdebar² nak msk Thailand ni. 

Perjalanan yg kami ikut arahan GPS akhirnya sampai ke laluan jambatan yg sgt rendah. Apakah ini? terpaksa patah balik ikut jalan besar.


Rumah bank lelong

Sejak menjak ni aku terlalu sangat pikir pasal rumah. Teringin sangat nak ada rumah sendiri. Tapi ngan keje aku mcm ni mampu ke, kata pada diriku sendiri. Suatu hari aku diketemukan dgn iklan rumah lelong under CIMB Mart. Dlm pamplet tu byk la list rumah yg nak dilelongkan. Kebanyakan rumah apartmen & flat. Apa yg tarik minat aku depositnya hanya 5% sahaja dari harga rumah.

Entrance rumah
   Dalam byk² list tu aku interested tiga buah rumah apartment. Ketiga²nya berharga bawah RM100k & area Puchong. Aku usha dulu rumah² ni & akhirnya aku aim rumah ni. Harga RM50k, keluasan 650sqft, pangsapuri kos rendah . Ada 3 bilik.
Hallway. Open x mcm pangsapuri lain yg tertutup.
So aku register dekat opis CIMB Mart ni. Dari sistem komputer dia mengatakan tiada org register utk rumah ni. Maksudnya bila hari pembidaan nanti aku dpt reserve price tanpa perlu bid. Ok nice boleh tahu brapa org yg akan bid rumah ni nanti.

Rumah yang mempunyai lif
Sehari sblm hari pembidaan tiba aku pegi opis check lagi jika sesiapa yg register utk rumah ni. Tiada. Ok, mmg confirm la aku dpt. Keesokan harinya aku pegi hotel dekat sebelah Midvally utk bid walaupun xpayah bid. Aku byr deposit dulu dlm RM2.5k gitu (Duit pinjam ni). Tp xpe klu x menang bid pun deposit leh dpt blk.

Pemandangan highway Maju Express dari rumah
1st time msk dlm bilik bidding. Dapat la aku tgk ropa bidding ni. Satu persatu rumah dilelong dlm dewan ni. Kebanyakan ada org dpt reserve price atau paling tidak pon dua atau tiga bidder utk satu rumah. Tapi sampai  rumah teres, ramai biddernya. Lawan la masing² sape yg offer price tertinggi. Nasib aku x amik rumah teres. Sampai la turn aku of coz la trus menang & naik pentas salam ngan apa nama tu, judge? itu tukang lelong. Dapat la sedikit sagu hati, beg plastik.

Selasa, 5 April 2011

Rumah contoh yang cantik

 Weekend lalu aku ternampak iklan condo sedang dibina dekat Shah Alam. Harga starting RM 170k, nampak menarik. Lalu aku pergi ke tapak pembinaannya. Sebelahnya ada show room and office unit. Aku usha jap, keluasan x brapa aku ingat tp lebih kurang 900sft. Skrg condo utk rm 170k sudah xde, yg ada RM 190k ke atas.. Alahai.. xmau la aku, better aku amik umah teres dari amik ni. Da la monthly maintenance RM 120 gitu..

Sebenarnya apa yg menarik perhatian aku ialah show unit dia. Cantik betul. Aku pikir nanti bila aku da beli rumah sendiri aku nak buat design mcm ni la. X kisah la klu dpt apartment low cost ke tp yg penting dalam rumah tu fuh mcm hotel hehe..

Katil single kiri kanan.. tgh² sempit.. hmm..
Masuk bilik utk tido je.
 Ini contoh gambar dapur yg aku petik. Nampak agak kecik tapi simple & kemas. I like.. Tp cabinet semua tu kalu bikin brapa la ongkosnya.. Mau 3,4k juga ni..
 Alahai toiletnya.. Semua dinding di tilenya. Mmg la cantik...
Aku lagi suka klu ada bath tub..
Nice nice..

Selasa, 22 Mac 2011

Bila nak clearkan ni

Dah berapa lama aku perasan motor rosak yg tersadai kat situ. Lebih setahun gak aku rasa, xde sapa² ke yg tanggungjawab buat kerja ni, ownernya mana? da xnak motor ke? Ish³.. apa nak jadi..

Jumaat, 18 Mac 2011

Sekejap je parking

 Parking skjp jer, 10min gitu da dpt notis mcm ni..
 Sebelum ni byk je motor park sini xde benda, skrg xbleh plak?


Jaga pendatang asing ni..

Khamis, 10 Mac 2011

Skim Rumah Pertamaku

Waa.. Baru semalam PM kita mengumumkan skim rumah pertama untuk golongan muda yg mahu bekerja atau kurang mampu. Aku sejak thn lepas da pikir nak beli rumah. Mencanak buat research & tanya orang sana sini. Siap buat survey rumah lg kat on9 x kira rumah flat, teres, mahupun bank lelong. Client aku byk law firm ada antaranya yg handle proses SPA or wateva berkenaan ngaan bank home loan, byk la information aku cekau..
    Mula² aku target rumah pangsapuri je memandangkan gaji aku n bini aku x masyuk. Pastu x jadi plak cari survey rumah teres.. kira² mana nak cari teres bwh RM200k, bawah 100k lagi la xdak... Ada tapi serupa kecik mcm umah flat & buruk mcm aku jmpa adv Mudah.my location kat Rawang, Banting, Sg.Buloh, S.Alam. Katakan lah rumah yg aku aim RM150k, kalu 10% d/p cecah RM15 000 tu.. Dlm kwsp aku acc 2 ada dlm 5k aje.. campur bini aku, aku rasa ada dlm 3k kowt.. Campur laki bini adala RM8k.. X ckup tu.. Mau kena tambah duit sendiri lg.. Nak aku kumpul duit? jgn harap la.. ngan datang orang baru lg (anak baru umo 2bulan).. Mimpi laa aku nk rumah baru.

Selasa, 8 Mac 2011

Dilarang memberi kucing makan

Eh poster apa tu? 
Alahai.. apsal x kasi kucing makan? Kasihan la kucing² ni kebuluran. Kasihan aku tgk kucing² ni. Terpaksa la aku beri mkn secara senyap. Lahap sungguh kucing² ni makan mcm x makan setahun. Ni mesti tauke dia xnak kucing² berak kat kawasan premis dia. 

Rabu, 23 Februari 2011

Raja Selipar bukan Raja Lawak


Aduh.. x nampak sgt tulisan bannernya. Tapi sangat menarik perhatian aku. Tang mana dia dpt banner tu? Dia curi ka? then edit balik dari Lawak kepada Selipar? haha.. interesting.. Location depan Satey Samuri, Kajang.. Macam² jenis selipar ada tapi satu je xda yg aku cari iaitu Capal..

Thanks for ur baby gift

Banyak dapat baby gift from relative, friends, and client. Thanks so much. Sempat snap satu pic je this gift from akak Hanida.

Semoga murah rezeki dengan kelahiran anak ku ini, Amin...

Keretaku yg rusak

Abis melayang duitku RM500 tunai...





Kasihan sahabatku ini menunggu keretaku dibaiki tapi demi kawan beliau sanggup menunggu.

Sabtu, 19 Februari 2011

No more pets

Pagi² aku standby angkat Ray-Si and Snowwy ngan anaknya masuk dlm bonet keta. Aku ngan biniku & Dahlia menziarahi umah maa ku kat Nilai. Setelah sekian lama biniku berpantang sebulan kat kpg dia akhirnya dpt juga aku bawa si Dahlia ke umah my mom. Tapi dia ngan papa xde kat umah plak. Tinggal adik² tiriku kat umahnya. Xpela aku cuma nak lepaskan kucing² kesayanganku ni saje. Petang ckit kami ke umah abah aku plak kat Kajang. Ni lagi la da brapa abad x dtg. Cam biasa

Selasa, 8 Februari 2011

Melancong Ke Thailand yg tak kesampaian

Aduh~! Dah dekat sempadan Thailand ni, cuma tinggal setapak kaki je nak jejak Danok. Tapi semuanya terkubur gitu. Ahh tensennya. Sbrnya x plan pun nak g Thailand, aku expect kita pegi Padang Besar, Perlis selepas selesai pegi kenduri kahwin kakak girlfriend member aku Harris kat Alor Setar. Kitorg bertiga je aku, Harris & Razif. Alang² da kat sana, jln lagi sejam da sampai Padang Besar. Time ni (Sabtu 12/02/11) da pukul 6pm, sesampai kat Padang Besar da pukul 8:00mlm. Dlm perjalanan tu risau gile aku ada roadblock, pakaian ala tentera Thailand. Aik, da nak msk border Thai ke ni? biar btul. Aku tanya bro tu, rupanya ckp sleng Kedah. Friendly plak tu. Katanya bazaar Padang Besar pukul 6 da tutup. Nak patah balik ke K.Perlis utk cari hotel jauh plak, so kitorg decide straight je ke Padang Besar. Ingatkan dok je hotel kat situ, bsk pagi bangun leh trus g bazaar je. Skali smpi sana mmg xde hotel langsung! Pergh.. da pukul 9lebih ni, penat tu mmg penat. Yela driving dari pukul 9 pagi dari KL kan.
         Mengikut petunjuk GPS aku yg dimuatkan dlm E72, hotel terdekat ialah di Kangar, Perlis sejauh lbh kurang 40km. Perghh.. jauh gak tu. Apa bole buat, sesampai sana nmpk Kangar Hotel tanya price n standard room RM79 per-night + RM15 (tilam,bantal & selimut).
         Bsknya kami trus ke Padang Besar. Nampak pintu besar sempadan ke Thailand. Dlm hati teringin nak pegi. Kat Padang Besar parking keta RM2, tgk dlm mcm dewan besar ngan lot lot kedai. Sama je konsep mcm Pasar Payang kat Terengganu. Yang aku tgk byk lot jual baju, mcm² jenis. Byk baju jersi, seluar tomoi pon ada. Yg aku expect mcm perfume murah or spare part keta murah xde. Ye ye je Harris, ko tipu aku celaka.. Kat Padang Besar ni xde apa pon yg menarik minat aku. Harris ckp ramai org kata dia byk barang murah dari Thailand kat situ, aku tanya sapa ckp? org ramai la.. katanya. Hampeh ko.
Pemandangan waktu pagi menikmati rokok bersama kopi free dari Hotel Kangar

      Oleh kerna ngan kekecewaan yg melanda, aku decide nak pigi Thailand. Sempadan je tu. So pegi la pusat imigresen ingt nak buat pas lawatan, skali pegi rupanya baru je tutup. Pusat tu buka half-day pada hari Sabtu. Staff kat situ kata boleh buat kat Bukit Kayu Hitam, Kedah. Bukit Kayu Hitam tu ada imigresen jg sempadan Thailand, seberang tu je Danok, just jalan kaki aje dari sempadan tu. So pegi la kami ke Bkt Kayu Hitam kira² 44km. Sampai sana kami pegi buat gambar utk pass lawatan. Bro kedai tu

Isnin, 7 Februari 2011

Life back to Single

Ai.. da sebulan aku dok sengsorang kat rumah. Tinggal sebulan lg baru bini & anakku tinggal serumah setelah berpantang kat kampung. Sunyi sepi je rumah tu, dapur pun x berasap. Bkn tu saje, sampah dlm tong sampah da x byk dan fridge pun hmm... byk benda nk kena update tu. Mcm ada sayur, telur, air soya yg da expired. Da point is kasihan aku xde teman kat rumah. Xde sapa nak masakkan utk aku wlupun kdg² bini x masak. Nasib baik la ada Rat-Si & Snowwy. More importantly sib bek ada computer, dia lah peneman aku sepanjang masa hingga aku lena.
  Dalam diam² aku ada sedikit hepi jugak, Selamba badak je merokok dlm bilikk, layan porn movie sorg², Layan game sorg², xde sapa kacau aku haha. Tetapi lama kelamaan aku rasa x besh. Jiwaku kosong.. Xde sapa nk kejutkan bgn tido, x dpt peluk bini, hari² tatap wallpaper muka Dahlia.. Rindunya.. Uwaa.. balik la cepat.. Da lama x marah awk da lama x bebel awk.. Baru smlm ckp sorang², klu lelama camni bleh jadi gile la.

Pili Bomba yg Pelik

Menurut syarat pertandingan gambar pili bomba ondscene.my, penyertaan pili bomba berwarna merah tidak dibenarkan. Tapi pada aku pili bomba ni menarik minat aku. Lantak la klu penyertaan dibatalkan. Kali ni Pili bomba yg aku petik pada 07/02/11 pada pukul 11pagi bertempat di satu kilang pembungkusan kat Klang. Mungkin pili bomba yg tak tertanam di dalam tanah ni dikatakan sbgi custom made. Bolelah aku katakan bukan dibina oleh bomba Malaysia, klu bomba Malaysia da tentu color kuning kan? Mungkin juga semua kilang mempunyai pili bomba berwarna macam ni agaknya. Xtau la nak kata sebab kilang lain aku perasan pili color kuning juga..
Pili bomba ni sebenarnya berdekatan dengan kantin dan bersebelahan ngan gudang penyimpanan polystyrene. Untuk lebih pengetahuan tentang pili bomba jenis mcm ni aku search kat Google tp x jumpa berkaitan mcm tu. Aku search dlm bahasa Inggeris tp masalahnya aku xtau apa dlm B.I, so aku buka www.translate.google.com dan ini yg aku dapat :

Aiyo.. x tahu plak aku pili bomba tu cell bomb. Ni bkn nak redakan kebakaran ni tapi nak menyemarakkan kebakaran ada la.. Adoi.. So aku x dpt info tentang pili merah pasal aku sendiri pun x reti nak search..

Jumaat, 21 Januari 2011

Pili Bomba yang Tenggelam

     Satu malam tanggal 14 Januari 2011 jam 10:14 malam aku yang sangat kelaparan tidak menjamah sepatah apa sejak tengahari tadi aku mengajak rakan² utk menjamu selera di suatu restoran dekat medan selera kawasan Hulu Klang yg boleh tahan feymesnya. Sedang aku jalan menyusuri ke dalam restoran itu mataku terpampang di suatu objek berwarna kuning. Aku terpaku sekejap, 'jap ada something yg terlintas dlm kepalaotak aku tapi amenda ha'..
    Haaa.. baru ingat, ada peraduan cabaran foto pili bomba kat web www.ondscene.my. Mungkin pili bomba ni nmpk unik skit aku pun snap gambar guna hp cikai aku. Mana la tau kalau dapat hadiah kamera digital boleh lah aku ambik gambar pili bomba banyak² satu Malaysia kasi sama bro Sham.

      Dari gambar kat situ aku boleh simpulkan yang restoran ni dulu sempit. Dah dekat lebih 10thn sejak aku sekolah aku x jemu makan kat restoran ni. Dulu lantainya pun buruk, cuma simen saja, skrg da letak lantai cantik. Expand lagi keluasannya utk memuatkan byk lagi pelanggan. Maklumlah setiap hari ramai pelanggan. Sampaikan da upgrade camni pun penuh juga, terpaksa lah aku duk makan atas pili bomba tu. Berlubang punggung aku da tp sekejap je kebasnya. X kisahlah janji sedap kenyang dan puas!
   Agak² kalau berlaku kebakaran nanti aku rasa tak berapa menyusahkan anggota bomba kot utk mendapatkan pili bomba tu. Cuma mungkin anggota bomba perlu cangkung. Paling tidak pun anggota yg tinggi lampai tu kena baring atas lantai sebab pili yang rendah tenggelam tu. Tambah lagi Lai Ci kang yg paling aku gemari kat sini, fuh memang terbaek. Jika berlaku apa² kebakaran kat restoran ni, semoga dapat diselamatkan dengan pili bomba itu, kalau tidak kat mana lagi kami nak cari nasi ayam dan lai ci kang yang paling sedap ni!

Khamis, 6 Januari 2011

New year new baby. I am a father

 So much happening during these days. Event yg xbleh kulupakan di awal new year 2011, my wife ntah macam mana i never expected telah bersalin di rumah kami in our own room! Mana taknya bini Aku sgt rajin pegi klinik kesihatan like every week. Mula² doc prasan kandungan gula tggi dlm darah n declare menghidap darah tggi. Mgkn normal sbb some preggy ada yg kena simptom mcm ni.

Doc ckp due date ialah 13 Jan 2011. Disebabkan ni 1st anak sulung doc expect x mungkin baby born awal. Nak dijadikan cerita yg jarang kita alami even aku pun x sangka benda ni berlaku kat diri aku sendiri. Pada 03 Jan 2011 bini call aku mengadu sakit perut mcm menyucuk cucuk kat perutnya. Aku relax lg & anggap normal bagi org mengandung. Tapi kali ni sampai menangis² aku terpaksa trus balik rumah meninggal keje yg pending & trus bawanya ke hospital Serdang. Sesampai sana kami aku bersama mak mentua & adik ipar menunggu hampir 6 jam. Punya lama tunggu utk keputusan ujian darah dari lab makmal. Akhirnya pukul 11mlm dapat juga balik ke rumah. Doc x bagi apa² ubat & katanya sakit² gitu normal. Walaupun x puas ati terpaksa la balik yela tggu punya lama tp apa pun xda. Yg ada keperitan yg ditanggung oleh si mengandung. Kejap² 5min dia ok pastu dtg balik sakitnya. Kat rumah bknnya dia bole tido, da sakit mcm tu.
          Pukul 1 pagi aku dikejutkan oleh biniku. Katanya sakitnya makin menjadi². Aduh.. nk g hospital lagi ke ni, karang dihalau lagi. Memang betul sesampai kat hospital doc check pastu disuruh balik. Pulak da... Mak mentua minta stay back tapi doc x kasi. Ramai lagi patient yg lebih memerlukan kat sini. Amboi sombonnng btol! Nak xnak balik la ke rumah lg skali, time tu da kol 3 pagi.
         Baru nak lelapkan mata skjp bini kejutkan aku lagi skali. Katanya da sakit ya amat sgt. Aku nmpk darah campur air kat celahan. Alamak.. btul ke ni. Biar btul. Da terbuka da tu.. Mampos!
         Aku da panik... secara automatik aku capai kunci keta, sempat tukar baju n seluar lg tu. Aku nk papah dia tp dia x berdaya lgsg, Aku nak angkat sikit pun x berganjak! Dia mmg xleh berjalan walau seinci pun. Adoi apa nak buat! Aku kejutkan adik ipar & mentua aku, bila tgk tiba² riuh rendah, panik, terkesima, terkezut beruk. Aku ketuk rumah jiran x menjawab lgsg. Aku turun rumah cari pak guard org Vietnam ke Myanmar tah. Aku ckp cpt! dia terhegeh² lg. Smpi rumah dia terlopong tgk dari jauh. Aku mnta tlg nk angkat bini dia terlopong je citu, hampeh! Dia kata nak panggil kwn dtg, pegi la dia dkt setgh jam, gile.. sementara tu aku call hospital Serdang. 1st time call emergency camni tp aku relax lg ngan nada biasa. Bole dia suruh kami angkat dia msk dlm keta antar sendiri, katanya lg cpt. Klu ambulan dtg lg mkn masa. Aku explain da x bole da. Dia suruh wat gitu, da la umah tingkat 2, berat bini 70+kg kot!
     2nd time aku call Hospital yg sama, si perempuan yg jawab. Nadanya yg mcm marah, ini wad kecemasan cik sila call wad bersalin cik, trus hang up phone. Pekejadahnya ni emergency la ngok! 3rd time adik ipar aku call lagi, dia pass kat aku utk aku bagi alamat rumah. Bole lg dia nk sembang benda lain, aku ni jenis soft ngan situation rare mcm ni aku mcm x reti. Tiba² adik ipar aku rampas hp trus maki hamun suh dtg bw ambulan skrg jg. Pastu aku dgr bunyi baby menangis, berderau darah aku. Tuhan je tau apa perasaan aku. Aku ckp kat bro tu dgr x bunyi baby tu, da kuar dah da tu! Baru kau nk kelam kabut, 'ye ye cik kami dtg skrg, ambulan on da way dlm masa setgh jam smpi'.... finally..
      Aku masuk dlm bilik, YaAllah, birunya anak aku.. bini aku da terkulai. Mentua aku x sudah² mengeluh campur mengucap. Aku check bini aku nmpk ok tp lemah sgt, risau sgt aku. Time tu baru pak guard ngan 2org lagi sampai..Utuk memudahkan ambulan ke umah, aku keluar tggu kat simpang jalan besar menunggu ambulan. Agak lmbt dekat 40min baru smpi. Aku guide smpi ke rumah, Allah.. jwb pembantu nurse lelaki tu.. Rumah flat ke.. kita mana bawa pengusung... Aku terdiam..
     Dua org nurse msk dlm bilik n tutup pintu. Dari celah² pintu aku nmpk nurse tgh potong tali pusat & bersih apa yg patut. So skrg ni camne nk bawak turun bini aku? Last² bini aku sendiri jalan kaki turun tangga.. Kesiannya.. Sedih aku. Nurse ckp isteri awk mmg kuat, bole berjalan lagi lps beranak. Nak amik hati agaknya.
     Kat hospital aku tggu lagi mgkn dkt 2jam smpi kol 8 pagi.. Akhirnya dpt jg masuk n tgk isteriku bersama anak perempuan ku.. Comelnya.. Nak menangis da aku tp kugagahkan diri utk tidak mengalirkan air mata. Mmg da thn air mata dari tadi lg. Bini aku ckp masa nak turunkan dia kat hospital dia nmpk doc yg halau dia sblm tadi. Nmpknya dia menjauhkan diri. Ada antara nurse ckp bertuah baby tu lahir kat umah ngan normal, lahir² trus berak kencing n nangis skjp. Skrg ni pun x byk nangis, x byk ragam.


    Mgkn nak rasa bertanggungjawb, tanpa ditanya nk wad klass apa dia dibawa ke wad satu bilik hanya dia seorg. Mgkn ni 1st Class.. Yg jiran aku tgk patient kongsi bilik smpi 6 org/katil. Mknan free, layanan okay. Semua ni hanya RM16 saja... Eleh.. sib bek bini anak aku selamat, klu x da lama aku sue korang.
   Syukur kepada Allah.. Aku dikurnikan seorg cahaya mata yg sihat cukup sempurna.. Moga² murah rezeki kami lepas ni hehe..