Isnin, 7 Februari 2011

Pili Bomba yg Pelik

Menurut syarat pertandingan gambar pili bomba ondscene.my, penyertaan pili bomba berwarna merah tidak dibenarkan. Tapi pada aku pili bomba ni menarik minat aku. Lantak la klu penyertaan dibatalkan. Kali ni Pili bomba yg aku petik pada 07/02/11 pada pukul 11pagi bertempat di satu kilang pembungkusan kat Klang. Mungkin pili bomba yg tak tertanam di dalam tanah ni dikatakan sbgi custom made. Bolelah aku katakan bukan dibina oleh bomba Malaysia, klu bomba Malaysia da tentu color kuning kan? Mungkin juga semua kilang mempunyai pili bomba berwarna macam ni agaknya. Xtau la nak kata sebab kilang lain aku perasan pili color kuning juga..
Pili bomba ni sebenarnya berdekatan dengan kantin dan bersebelahan ngan gudang penyimpanan polystyrene. Untuk lebih pengetahuan tentang pili bomba jenis mcm ni aku search kat Google tp x jumpa berkaitan mcm tu. Aku search dlm bahasa Inggeris tp masalahnya aku xtau apa dlm B.I, so aku buka www.translate.google.com dan ini yg aku dapat :

Aiyo.. x tahu plak aku pili bomba tu cell bomb. Ni bkn nak redakan kebakaran ni tapi nak menyemarakkan kebakaran ada la.. Adoi.. So aku x dpt info tentang pili merah pasal aku sendiri pun x reti nak search..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan