Jumaat, 21 Januari 2011

Pili Bomba yang Tenggelam

     Satu malam tanggal 14 Januari 2011 jam 10:14 malam aku yang sangat kelaparan tidak menjamah sepatah apa sejak tengahari tadi aku mengajak rakan² utk menjamu selera di suatu restoran dekat medan selera kawasan Hulu Klang yg boleh tahan feymesnya. Sedang aku jalan menyusuri ke dalam restoran itu mataku terpampang di suatu objek berwarna kuning. Aku terpaku sekejap, 'jap ada something yg terlintas dlm kepalaotak aku tapi amenda ha'..
    Haaa.. baru ingat, ada peraduan cabaran foto pili bomba kat web www.ondscene.my. Mungkin pili bomba ni nmpk unik skit aku pun snap gambar guna hp cikai aku. Mana la tau kalau dapat hadiah kamera digital boleh lah aku ambik gambar pili bomba banyak² satu Malaysia kasi sama bro Sham.

      Dari gambar kat situ aku boleh simpulkan yang restoran ni dulu sempit. Dah dekat lebih 10thn sejak aku sekolah aku x jemu makan kat restoran ni. Dulu lantainya pun buruk, cuma simen saja, skrg da letak lantai cantik. Expand lagi keluasannya utk memuatkan byk lagi pelanggan. Maklumlah setiap hari ramai pelanggan. Sampaikan da upgrade camni pun penuh juga, terpaksa lah aku duk makan atas pili bomba tu. Berlubang punggung aku da tp sekejap je kebasnya. X kisahlah janji sedap kenyang dan puas!
   Agak² kalau berlaku kebakaran nanti aku rasa tak berapa menyusahkan anggota bomba kot utk mendapatkan pili bomba tu. Cuma mungkin anggota bomba perlu cangkung. Paling tidak pun anggota yg tinggi lampai tu kena baring atas lantai sebab pili yang rendah tenggelam tu. Tambah lagi Lai Ci kang yg paling aku gemari kat sini, fuh memang terbaek. Jika berlaku apa² kebakaran kat restoran ni, semoga dapat diselamatkan dengan pili bomba itu, kalau tidak kat mana lagi kami nak cari nasi ayam dan lai ci kang yang paling sedap ni!

2 ulasan:

  1. sikap pentingkan diri sendiri dan tamak haloba.

    BalasPadam
  2. Assalam Uncle Dyn, jauhnya dari Puchong ke Taman Melawati.

    BalasPadam