Khamis, 6 Januari 2011

New year new baby. I am a father

 So much happening during these days. Event yg xbleh kulupakan di awal new year 2011, my wife ntah macam mana i never expected telah bersalin di rumah kami in our own room! Mana taknya bini Aku sgt rajin pegi klinik kesihatan like every week. Mula² doc prasan kandungan gula tggi dlm darah n declare menghidap darah tggi. Mgkn normal sbb some preggy ada yg kena simptom mcm ni.

Doc ckp due date ialah 13 Jan 2011. Disebabkan ni 1st anak sulung doc expect x mungkin baby born awal. Nak dijadikan cerita yg jarang kita alami even aku pun x sangka benda ni berlaku kat diri aku sendiri. Pada 03 Jan 2011 bini call aku mengadu sakit perut mcm menyucuk cucuk kat perutnya. Aku relax lg & anggap normal bagi org mengandung. Tapi kali ni sampai menangis² aku terpaksa trus balik rumah meninggal keje yg pending & trus bawanya ke hospital Serdang. Sesampai sana kami aku bersama mak mentua & adik ipar menunggu hampir 6 jam. Punya lama tunggu utk keputusan ujian darah dari lab makmal. Akhirnya pukul 11mlm dapat juga balik ke rumah. Doc x bagi apa² ubat & katanya sakit² gitu normal. Walaupun x puas ati terpaksa la balik yela tggu punya lama tp apa pun xda. Yg ada keperitan yg ditanggung oleh si mengandung. Kejap² 5min dia ok pastu dtg balik sakitnya. Kat rumah bknnya dia bole tido, da sakit mcm tu.
          Pukul 1 pagi aku dikejutkan oleh biniku. Katanya sakitnya makin menjadi². Aduh.. nk g hospital lagi ke ni, karang dihalau lagi. Memang betul sesampai kat hospital doc check pastu disuruh balik. Pulak da... Mak mentua minta stay back tapi doc x kasi. Ramai lagi patient yg lebih memerlukan kat sini. Amboi sombonnng btol! Nak xnak balik la ke rumah lg skali, time tu da kol 3 pagi.
         Baru nak lelapkan mata skjp bini kejutkan aku lagi skali. Katanya da sakit ya amat sgt. Aku nmpk darah campur air kat celahan. Alamak.. btul ke ni. Biar btul. Da terbuka da tu.. Mampos!
         Aku da panik... secara automatik aku capai kunci keta, sempat tukar baju n seluar lg tu. Aku nk papah dia tp dia x berdaya lgsg, Aku nak angkat sikit pun x berganjak! Dia mmg xleh berjalan walau seinci pun. Adoi apa nak buat! Aku kejutkan adik ipar & mentua aku, bila tgk tiba² riuh rendah, panik, terkesima, terkezut beruk. Aku ketuk rumah jiran x menjawab lgsg. Aku turun rumah cari pak guard org Vietnam ke Myanmar tah. Aku ckp cpt! dia terhegeh² lg. Smpi rumah dia terlopong tgk dari jauh. Aku mnta tlg nk angkat bini dia terlopong je citu, hampeh! Dia kata nak panggil kwn dtg, pegi la dia dkt setgh jam, gile.. sementara tu aku call hospital Serdang. 1st time call emergency camni tp aku relax lg ngan nada biasa. Bole dia suruh kami angkat dia msk dlm keta antar sendiri, katanya lg cpt. Klu ambulan dtg lg mkn masa. Aku explain da x bole da. Dia suruh wat gitu, da la umah tingkat 2, berat bini 70+kg kot!
     2nd time aku call Hospital yg sama, si perempuan yg jawab. Nadanya yg mcm marah, ini wad kecemasan cik sila call wad bersalin cik, trus hang up phone. Pekejadahnya ni emergency la ngok! 3rd time adik ipar aku call lagi, dia pass kat aku utk aku bagi alamat rumah. Bole lg dia nk sembang benda lain, aku ni jenis soft ngan situation rare mcm ni aku mcm x reti. Tiba² adik ipar aku rampas hp trus maki hamun suh dtg bw ambulan skrg jg. Pastu aku dgr bunyi baby menangis, berderau darah aku. Tuhan je tau apa perasaan aku. Aku ckp kat bro tu dgr x bunyi baby tu, da kuar dah da tu! Baru kau nk kelam kabut, 'ye ye cik kami dtg skrg, ambulan on da way dlm masa setgh jam smpi'.... finally..
      Aku masuk dlm bilik, YaAllah, birunya anak aku.. bini aku da terkulai. Mentua aku x sudah² mengeluh campur mengucap. Aku check bini aku nmpk ok tp lemah sgt, risau sgt aku. Time tu baru pak guard ngan 2org lagi sampai..Utuk memudahkan ambulan ke umah, aku keluar tggu kat simpang jalan besar menunggu ambulan. Agak lmbt dekat 40min baru smpi. Aku guide smpi ke rumah, Allah.. jwb pembantu nurse lelaki tu.. Rumah flat ke.. kita mana bawa pengusung... Aku terdiam..
     Dua org nurse msk dlm bilik n tutup pintu. Dari celah² pintu aku nmpk nurse tgh potong tali pusat & bersih apa yg patut. So skrg ni camne nk bawak turun bini aku? Last² bini aku sendiri jalan kaki turun tangga.. Kesiannya.. Sedih aku. Nurse ckp isteri awk mmg kuat, bole berjalan lagi lps beranak. Nak amik hati agaknya.
     Kat hospital aku tggu lagi mgkn dkt 2jam smpi kol 8 pagi.. Akhirnya dpt jg masuk n tgk isteriku bersama anak perempuan ku.. Comelnya.. Nak menangis da aku tp kugagahkan diri utk tidak mengalirkan air mata. Mmg da thn air mata dari tadi lg. Bini aku ckp masa nak turunkan dia kat hospital dia nmpk doc yg halau dia sblm tadi. Nmpknya dia menjauhkan diri. Ada antara nurse ckp bertuah baby tu lahir kat umah ngan normal, lahir² trus berak kencing n nangis skjp. Skrg ni pun x byk nangis, x byk ragam.


    Mgkn nak rasa bertanggungjawb, tanpa ditanya nk wad klass apa dia dibawa ke wad satu bilik hanya dia seorg. Mgkn ni 1st Class.. Yg jiran aku tgk patient kongsi bilik smpi 6 org/katil. Mknan free, layanan okay. Semua ni hanya RM16 saja... Eleh.. sib bek bini anak aku selamat, klu x da lama aku sue korang.
   Syukur kepada Allah.. Aku dikurnikan seorg cahaya mata yg sihat cukup sempurna.. Moga² murah rezeki kami lepas ni hehe..

4 ulasan:

  1. Tahniah dan alhamdulillah..semua selamat..

    BalasPadam
  2. hmm, sedih dan terharu juga baca ni...
    tak patut betul doktor dan layanan staf emergency tu... tapi tak apa lah, semuanya dah selamat...
    tahniah ye...

    BalasPadam
  3. Trima kasih. Ada somebody ckp kat saya org Melayu jenis mengalah tp klu kes ni kena kat orang cina diorg mesti lawan abis abisan smpi dpt pampasan. Mgkn btul, tp sy x kisah janji semua selamat.

    BalasPadam
  4. Isteri saya pun pernah menerima layanan buruk diHospital kerajaan... aii tak tau la sapa yang silap.. staff ke prosedur yang silap... aiii.

    BalasPadam