Setelah sekian lama akhirnya termakbul juga ke Pulau Langkawi walaupun xdpt enjoy semua tmpt kat pulau tu atas sebab kurang bajet. Aku ajak member² pergi skali tp yg jadinya sorang, Ajib & bini aku. So Raya yg ke-5 (14/09) ngan gambelnya berbekalkan RM250 dlm tgn (dlm bank RM350) bertolak la kami pd pukul 4 pagi Selasa tu dari KL. Ajib bajetnya lbh kurang RM200 je tu, tu pun aku yg pujuk 'xpe aku leh payung klu x ckup'.
Ini juga 1st time aku jalan ke Utara. Sblm ni aku penah ke K.Terengganu & Johor. Nak dijadikan cerita kami melalui highway utara-selatan dari tol Plus KL sampailah ke penghujung tol Butterworth yg ambik masa kira² 6jam. Harga tol RM41, minta Ajib half utk tol. Itu pun berhenti 3,4 kali agaknya kat RNR. Maklumlah drive keta Atos, aku xnk jadi mcm pergi ke Terengganu dulu jln laju non-stop last² overheat kat sana.
|
Jauh perjalanan luas permandangan |
Pehtu kami sesat, xtau nak ikut jln mana utk ke Kuala Perlis. Ni pun gambel tanya tanya org yg tgh kerja potong rumput tepi highway. Katanya ikut jln highway ke Sg.Petani. So masuklah tol lagi menuju ke Utara yg amik masa kira² 2 jam. Rasa was² jg dlm perjalanan btul ke jln yg aku amik ni xnmpk pun signboard K.Perlis. Semua tmpt da redah dari exit sg.petani utara, sg.petani selatan, Gurun, K.Kedah utara & selatan. Alhamdulilah.. smpi jg kami ke penghujung tol tu iaitu exit K.Perlis ngan rege tol RM14.. price not bad. Minyak terpaksa isi balik dari tank penuh RM50 kena isi semula RM30 cecah hampir full. Ingatkan da smpi, drive punya drive rupanya jauh lg! Kesian tgk si sorang member and bini aku. Tp sedaplah byk tido, aku yg drive smpi ke sini. Pehtu bini aku la smbg drive melalui highway Changlun-Kuala Perlis yg xde tol yg amik masa dekat sejam. Sambil² tu layan radio dari negara sebelah Thailand, wlupun x phm tp boleh tahan rentaknya. Sesekali nmpk signboard sewa teksi ke Hat Yai, Thailand. Dlm kepala aku piki klu pigi sana lagi best ni.. Dgr kata org sana syurga lelaki, apa syurga tu phm² la.. Aku nk tgk jer.. haha
|
Sampai jg kat Jetty |
Fuh setelah hampir 10 jam perjalanan akhirnya sampai kat Jetty K.Perlis. Sesampai je kat sana ada sorang brother yg drive motor tunjuk ngan tgnnya kat satu ruang parkir kereta. Lepas bini aku adjust parking, brother tu pggl member dia charge parking, katanya RM8 sehari. Brother tu offer hotel, kereta sewa, & servis boating ke 3 jenis pulau kat Langkawi tu dlm longhat Kedah. Yang hampehnya dia borak ngan bini aku je, kami yg lelaki ni x berani agaknya sbb aku kurang percaya. Diorg ni mcm ulat je. Da la tiba² member bro tu mnta RM30 utk parking 3hari, terkezut aku bkn ke tadi kata RM8 sehari.. Last² dpt byr RM24..
Dari situ aku detect diorg ni mesti markup lebih ni, bini aku plak beriye² aje. Bro tu citer amik hotel ni campur keta sewa semua aku kira da lebih bajet aku ni. Agak² mau cecah RM400 semua tu.. Last² aku ckp kat bro tu sorry la kami mmg bajet skit je, aku byr parking je, yg lain biar aku pikir kemudian aje. Bro tu kata kena sembelih la kau kat sana....
Kami angkat beg baju sendiri, beli tiket feri RM18 seorg, aku tanggung bini aku RM36 skali. Da penat gile ni, dok dlm feri lg ngan pening kepala, sib bek x muntah. Dkt 45min tu sampai la kat Jetty Kuah, Langkawi. Fuh smpi jg aku kat Langkawi ni yer. Tarik beg travel aku, g toilet dulu & surau utk solat. Pehtu g main entrance dia, kami didatangi ulat² kereta sewa. Tang ni aku takut skit, takot lari bajet. Aku minta Kancil, dia kata xde stok da ada org lain amik. dia suggest amik Iswara la baru RM70 sehari. Tawar menawar beberapa minit akhirnya aku dpt keta Iswara ngan sewa RM120 utk 48jam, maknanya aku kena pulangkan sblm pukul 4ptg Khamis.
|
Green Hill Resort |
Dapat keta msk dlm trus drive ntah mana² aku pergi pun aku xtau. Main jalan je. Baru sedar yg keta tu bkn Iswara tp saga aeroback, hampeh. Da la manual, stereng keras, minyak empty, cermin blkg bocor air ujan bleh msk lak tu haha. Aircond pun x sejuk, adoi.. masak.. Lepas isi minyak bini aku drive, dia da biasa, Aku xtahan la keta camni. Drive punya drive aku suruh bini aku pergi jalan Pantai Cenang psl aku pnah nmpk satu chalet murah masa surfing tenet kat umah. Smpi sana cari Motel Tanjung Melati, 2kali pusing tp x jmpa. Last² gambel pilih aje chalet dari byk² hotel sepanjang jln tu. Akhirnya jmpa Greenhill Beach Resort. Wah.. dpt murah RM70 je sehari ngan kemudahan dua katil queen size & aircond tapi tv rosak. Boleh plak bini aku minta kurang dari RM75. Oklah tu walaupun biliknya nmpk agak buruk tp senang xyah naik tangga (kesian bini pregnant), pehtu x jauh dari pantai.
Masuk bilik bawak beg semua mandi² trus g cari tmpt mkn. Rasa² time ni pukul 5ptg. Lapar x hengat. Cari punya cari ssh gak nak cari warung yg nmpk murah. Last² dpt gak jmpa warung tp makanan x sedap la. Harga standard cam kat KL, xpela janji masuk perut. Lepas tu g jln² skit kat Pantai Cenang, lps tu usha Zon duty free market byk coklat murah². Nanti la beli time nak balik nanti. Kol 8mlm kami trus msk tido.. Penat sgt da ni.. Besok la pusing satu pulau Langkawi ngan kereta Saga, apa agaknya yg best kat pulau ni...
|
Underwater World yg dkt ngan resort tp x msk pun. |